Ahad, 17 Februari 2013

BERAT SAMA DI PIKUL, RINGAN SAMA DI JINJING..


Berat sama di pikul , ringan sama di jinjing..inilah yang dapat di gambarkan perihal cara hidup dan sikap saling bantu -membantu yang di amalkan oleh penduduk di tanah rancangan felda.Di sini perbezaan fahaman politik tidak menjadi penghalang kepada penduduk berhimpun dan bertukar pandangan.




Sikap " ringan tulang"  lebih ketara di majlis besar, seperti majlis walimatulurus.Tugas memastikan majlis berjalan dengan lancar di lakukan oleh  ketua atau wakil tuan rumah.sementara bahagian masakkan pula di tadbir oleh ketua tukang masak yang di lantik secara tetap.Kebanyakkan keperluan untuk kenduri di sediakan oleh ahli-ahli persatuan ( syarikat kenduri kawin ) mengikut blok .








Semua peringkat umur turut  memastikan majlis bnerjalan dengan lancar.inilah kelainan yang terdapat di penempatan peneroka felda...Anak muda akan memastikan hidangan makanan kepada tetamu yang hadir senentiasa mencukupi...Inilah kelainan yang terdapat di tanah-tanah rancangan felda..terutama di  felda anggerik jengka 1....