Selasa, 22 November 2011

PENJARA PALING KEJAM DI DUNIA......

Pernahkah anda mendengar tentang penjara yang paling kejam di dunia.Ia dianggap paling kejam bukan hanya kerana keganasan penghuninya tetapi keadaan penjara yang memang tidak layak didiami.Antara penjara yang tersenarai adalah:

CARANDIRU  ( BRAZIL)

Penjara ini bukan sahaja mengejutkan rakyat brazil tetapi juga dunia sewaktu berlakunya rusuhan besar-besaran paada tahun 1992.Tragedi pembunuhan yang melibatkan polis tempatan telah menerima kecaman banyak pihak.Ratusan banduan yang menjadi mangsa telah di bunuh dengan kejam.Ada sumber mengatakan seramai 103 banduan telah dibunuh dan ada pula yang mengatakan berjumlah 111 orang.Tragedi Carandiru bermula dengan pergaduhan antara banduan dengan paegawai penjara,walaupun para banduan telah menyerah kalah dan menyerahkan senjata,namun pihak polis telah bertindak kejam dengan menembak semua banduan tersebut.Tindakan pihak polis ini telah mendapat bantahan semua pihak dan menuntut penjara ini ditutup.


BANG KWANG ( THAILAND)
Dikenali sebagai " Bangkok Hilton".penjara ini memang sudah tidak layak untuk dihuni,selain penuh sesak,ia juga kekurangan pegawai penjara.Para banduan akan dirantai dan diseksa.Ada sumber menyebut terdapat  banduan yang ditahan dalam penjara tersebut menjadi gila akibat tekanan..Ketua penjara, Khun Nattee sendiri mengakui penjara tersebut paling kejam di seluruh Thailand.


ADX FLORENCE SUPERMAX ( COLORADO)
Penjara ini di bina ekoran sebagai tindakbalas akibat serangan keatas para pegawai dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika.Di penjara ini tahap pengawasan adalah terlalu ketat untuk mencegah rusuhan oleh para banduan.Justeru itu para banduan disini diseksa dan didera setiap masa.Selain itu para banduan juga mengalami penderaan psikologi apabila dikurung dalam lokap selam 23 jam dan tidak dibenarkan kemana mana.Selama 13 tahun beroperasi 2 banduan di lapurkan terbunuh,salah satu adalah Lawrence Klaker.Ada yang mengatakan dia mati ditembak,ada juga yang mengatakan banduan tersebut bunuh diri.

ACCATRAZ ISLAND ( SAN FRANCISCO, CA)
Penjara ini dikenali sebagai " The Rock", atau "Devil Island".Di bina pada 1920 ,segala yang tidak menyenangkan terdapat di sini.Alcatraz memang di bina pada sebuah pulau untuk menghalang banduan melepaskan diri.Banduan yang di tahan di sini akan terputus hubungan dengan dunia luar.Ramai banduan yang mengalami ganguan mental kerana tidak di benarkan berhubung antara mereka.Di tutup pada 1963 namun warisan kegelapan terus hidup dan menjadi lagenda.

SAN QUENTIN (CALIFORNIA)
Penjara ini di bina pada tahun 1930.Pengurusan penjara dipenuhi rasuah hingga muncul pegawai baru bernama Clinton Truman Duffy.Beliau mengangap penjara itu terlalu teruk.Sebelum ini banduan mengalami penyeksaan yang serius.Kepala mereka akan di botakkan dan di paksa memakai pakaian seragam yang bertanda nombor.banduan juga di paksa tidur dalam bilik yang sempit tanpa lampu.

DIYARBAKR ( TURKI )
Penjara ini adalah yang paling kejam di Turki,di mana segala keganasan dan kekejaman menjadi  perkara biasa,.dari tahun 1981 hingga 1984, 34 orang  banduan telah mati akibat penyeksaan yang keterlaluan.Para banduan sebenarnya telah melakukan bantahan terhadap pengurusan penjara,mereka melakukan mogok lapar,bahkan membakar diri sendiri sebagai protes,namun tidak berhasil.Kemudahan di penjara ini jauh dari standart.Di penjara ini pernah berlaku di mana seorang kanak-kanak bawah umur di tahan di sini dan mendapat hukuman penjara seumur hidup.

LA SABANETA ( VENEZUELA)
Venezuela juga mempunyai penjara yang tidak kurang kejamnya iaitu la sabaneta.Di sini kekejaman menjadi santapan hari-hari.Kemudahan yang ada terlalu sedikit menyebabkan wabak penyakit cepat merebak.Pernah berlaku di mana 700 banduan mati akibat kolera.Selain itu hampir 100 banduan mati akibat penderaan yang di lakukan oleh pegawai penjara serta pergaduhan antara sesama  banduan.

LA SANTE ( PARIS, PERANCIS )
Bagai penjara maut lainnya,di la Sante juga nyawa maknusia tidak berharga.Perbuatan kejam dan keganasan bermaharajalela.Ramai banduan menjadi gila dan mengalami tekanan jiwa.Kes perkosaan sesama banduan juga mencatat jumlah yang tinggi.Akibatnya ramai banduan yang tidak tahan telah membunuh diri.Sepanjang tahun 2002 seramai 122 banduan telah membunuh diri dan pada tahun 2003 seramai 73 banduan yang menjadi korban.


RIKER ISLAND ( RIKER ISLAND, NEW YORK )
Penyeksaan kejam menjadikan penjara ini terkenal di Amerika.Pada tahun 2007 banduan bernama Charles Afflic mengalami penyeksaan yang keterlaluan dari pegawai penjara sehingga terpaksa menjalani pembedahan otak.Seramai 6 orang banduan telah membunuh diri di dalam lokap akibat tidak tahan dengan tekanan di dalam penjara.

TADMOR..
Jumlah kematian di dalam penjara ini memang tidak terkira banyaknya.Kekejaman yang terdapat di tadmor amat mengerikan.Seorang bekas banduan mengambarkan penjara ini sebagai sebuah kerajaan maut yang menakutkan.Tadmor di tadbir oleh seorang yang haus darah.Pada tahun 1980,berlaku satu percubaan membunuh Presiden di Damaskus.Mereka yang terlibat dalam percubaan itu telah di penjarakan di penjara Tadmor.Askar kerajaan telah menyerang penjara ini mengunakan kapal terbang dan telah membunuh dengan kejam 500 para banduan di lokap mereka.

Isnin, 21 November 2011

PENARIK BECA BERHIAS DI MELAKA....




Jika di tempat lain beca biasanya kelihatan usang dan uzur,Tetapi tidak di Melaka Bandaraya Bersejarah.Di sini beca telah di beri nafas baru,di hias agar kelihatan cantik,serta menjadi daya tarikan di dataran pahlawan.Daya kreativiti tuan beca berhias telah menjadikan ia bukan sahaja pengangkutan yang popular di sini malah dapat  menjana pendapatan sampingan buat penduduk sekitar.Berbagai- bagai jenis hiasan yang dilakukan ke atas beca- beca ini,namun kebanyakkan tuan beca  menggunakan bunga- bunga plastik sebagai hiasan utama.

Ada di antara pengusaha beca berhias yang menjadikan perhidmatan ini sebagai sumber pendapatan utama,ada juga yang menjadikannya sebagai pendapatan sampingan.Jumlah pendapatan juga bergantung pada musim-musim tertentu,seperti musim cuti sekolah dan cuti umum.kadar yang dikenakan juga amat berpatutan
iaitu RM 15.00 untuk perjalanan dari Dataran Pahlawan ke Banggunan Merah yang mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit perjalanan.Bagi yang ingin menyewa beca untuk perjalanan yang lebih jauh iaitu untuk perjalanan 1 jam mengelilingi Bandar Melaka Bersejarah pula caj yang di kenakan adalah RM 40.00 sahaja.

Penarik beca berhias amat mesra dan ramah.Mereka juga menjadi pemandu pelancong kepada para pelawat yang ingin tahu tentang sejarah yang berlaku disitu.tidak hairanlah jika ramai pelancong asing dan tempatan yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan beca berhias yang banyak terdapat di dataran pahlawan.

Perkhidmatan seperti ini patut dicontohi oleh negeri lain yang mempunyai tempat bersejarah,kerana ia bukan sahaja mampu menceriakan tempat tersebut malah akan menjadi sumber pendapatan bagi masyarakat setempat.Pandangan terhadap penarik beca juga akan berubah.

Bandaraya Melaka telah mendahului negeri lain dalam perkara ini.Ia bukan sahaja telah berjaya mengubah cara hidup para penarik beca,malah mengubah pandangan masyarakat umum terhadap mereka.

Penarik beca tidak lagi digambarkan dengan berpakaian kotor dan selekeh,tidur di lorong-lorong, kerana purata pendapatn para penarik beca berhias di sini adalah sekitar RM 80.00-200.00 sehari mengikut musim tertentu.tidak hanya bergantung kepada sumber pendapatan yang terhad dan tidak mampu untuk menyara kos sara hidup yang semakin meningkat.

Sabtu, 19 November 2011

KETAKUTAN UMAR KEPADA ALLAH......

Umar r.a selalu memegang jerami seraya berkata" Alangkah baiknya menjadi seperti jerami ini". Pada ketika yang lain ia berkata" Alangkah baiknya jika ibuku tidak melahirkan aku".

Pada satu ketika, beliau sedang sibuk dengan suatu pekerjaan yang penting.Pada ketika itu datang seorang membawa pengaduan mengenai suatu hal yang kecil agar beliau dapat menyelesaikannya.Umar memukul bahu orang itu  seraya berkata" Apabila aku duduk untuk menerima perkara tersebut,kamu tidak datang menemuiku,tetapi apabila aku sibuk dengan lain -lain hal yang penting kamu mencelahiku dengan perkara remeh temeh". orang itu pun pergi dari situ.Tetapi Umar r.a memanggilnya kembali dan memberinya cemeti lalu berkata" pukullah aku dengan cemeti ini agar kesalahanku berbalas".Orang itu berkata " Aku maafkan kamu kerana Allah".Umar pulang ke rumahnya lalu bersolat dua rokaat taubat dan mencela dirinya sendiri " wahai Umar kamu dahulu hina maka Allah telah mengangkat darjatmu,kamu sesat tapi Allah telah memberi hidayah kepadamu,kamu dahulu amat mengaibkan kini Allah memulikan serta mengurniakan kekuasaan terhadap orang lain..
Pada suatu hari Umar membuat rondaan biasanya ke Harrah bersama hambanya Aslam,nun jauh kelihatan cahaya api.Beliau pun berkata "Mungkin ada kafilah yang tidak dapat memasukki bandar,marilah kita menguruskan keselamatan yang perlu untuk mereka .. Apabila tiba dikhemah tersebut,didapati seorang wanita dan beberapa orang kanak2 sedang menangis,Umar pun memberi salam dan menghampiri perempuan tersebut..Umar pun bertanya," mengapakah kanak kanak itu menangis?".Wanita itu tidak mengenali Umar menjawab,"Mereka lapar". "Apakah yang ada di dalam periuk?" tanya umar lagi."Hanyalah air dijerang untuk mendiamkan kanak-kanak itu dengan menyangka makanan sedang di masak.Ahh! Allah akan mengadili Umar dan aku pada hari akhirat kelak kerana membiarkan aku dalam kesusahan" kata wanita tersebut.

Umar menangis mendengar kata-kata wanita itu" Semuga Allah merahmatimu, bagaimana Umar dapat membantu" tanya Umar, wanita itu menjawab"Apabila dia menjadi Amir kami,dia perlu tahu mengenai kami".
Umar pun terus ke bandar dan terus ke Baitul Mal,beliau mengisi ke dalam karung dengan tepung,kurma,lemakdan pakaian serta wang dinnar.Kemudian beliau menyuruh Aslam meletakkan karung tersebut dibelakangnya..Aslam enggan dan meminta untuk memikul karung itu,Umar enggan mendengar kata Aslam seraya berkata" Apakah kamu mahu memikul bebanan dosaku pada hari akhirat".Dengan berat hati Aslam meletakkan karung itu ke belakang Umar.

Umar telah memasukkan sedikit tepung,kurma dan lemak ke dalam periuk,menghidupkan api lalu memasaknya.Seketika kemudian makanan itu pun masak.Beliau sendiri melayani keluarga tersebut.setelah kenyang ia menyimpan baki untuk kegunaan keluarga itu semula.Kanak-kanak tersebut sangat gembira setelah memperoleh makanan dan mereka bermain dengan riangnya.Wanita itu sangat gembira dan berkata"Semuga Allah memberi ganjaran kepadamu disebabkan kebaikkanmu.selayaknya kamu mengambil tempat Umar sebagai Khalifah.Umar duduk seketika di suatu penjuru yang berdekatan sambil memerhati kanak-kanak tersebut..Beliau ingin melihat telatah kanak kanak yang sedang bergembira.

SUSUK UNTUK RAJIN BERIBADAT....


Susuk kebiasaanya di gunakan uantuk mendapatkan kelebihan tertentu,sepert ingin kelihatan cantik,tidak dimamah usia atau awet muda,kebal dan sebagainya.Berbagai jenis logam atau bahan yang boleh digunakan bergantung kepada niat si penguna.Namun pemakai susuk perlu mematuhi beberapa pantang agar kuasa susuk tidak hilang seperti,tidak boleh memakan beberapa jenis pisang umpamanya,pisang abu,pisang tanduk.Juga beberapa syarat lagi seperti,tidak boleh memakan labu air,daun kelor,sate dan melintas dibawah tali ampaian kain.

Namun kini ada satu jenis susuk yang digunakan oleh beberapa individu dengan tujuan untuk rajin mengerjakan ibadat.Terutama ibadat solat.susuk jenis ini yang mengunakan serbuk campuran tertentu yang dimasukkan melalui tapak kaki,bahagian belakang dan telapak tangan dengan bacaan mentera yang tertentu.Selepas memasukkan serbuk tersebut pemakai akan merasa kelainan pada tubuh dan terasa ingin megerjakan ibadat.Seolah-olah ada suara ghaib yang menyuruhnya berbuat begitu.Antara syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh pemakai susuk ini adalah tidak boleh pergi ke tanah perkuburan dan sekiranya engkar pemakai akan mendapat sakit misteri.Apabila  azan, tubuh pemakai akan berasa panas dan akan bersemangat untuk menunaikan solat.

Walauapapun alasan yang diberikan memakai susuk adalah haram dan bertentangan dengan hukum syarak.walaupun niat memakai susuk adalah untuk rajin beribadat.Tanpa sedar pemakai susuk telah berdamping dengan jin.Syaitan dan jin mempunyai berbagai cara untuk menyesatkan umat islam daripada mendekati Allah.

Jumaat, 18 November 2011

SYAHIDNYA ANAS BIN NADHR.......

Anas bin Nadhr Radhiallahu anhu adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw yang tidak dapat turut serta dalam peperangan Badar.Beliau sangat sedih dan kecewa kerana telah terlepas peluang untuk mendapatkan penghormatan menyertai peperangan yang pertama dan penuh bermakna untuk mempertahankan Islam.

Namun beliau tidak perlu menunggu lama,peperangan Uhud muncul setahun kemudian.Beliau menyertai tentera mujahid dengan semangat jihad yang begitu kuat dan tinggi.Walaupun menghadapi tentera musuh yang berlipat kali ganda,tentera -tentera islam berjaya pada permulaanya sehinggalah  beberapa orang telah melakukan kesilapan dan kecuaian yang akibatnya tentera islam menerima pukulan yang teruk.Rasullullah telah mengarahkan satu kumpulan seramai 50 orang pemanah untuk mengawal satu genting di bahagian belakang daripada serangan pihak musuh.Mereka telah diarahkan supaya tidak meninggalkan posisi tersebut sehingga mendapat arahan yang selanjutnya daripada baginda.

Tetapi apabila mereka melihat orang-orang islam mula berjaya dan tentera musuh mula berundur dan lari lintang pukang,mereka telah meninggalkan posisi kerana percaya perang telah tamat dan turut terpikat untuk mengambil hasil rampasan perang yang ditinggalkan.Amir bagi kumpulan tersebut telah bersunguh-sunguh melarang dan cuba untuk menghalang mereka sambil menyampaikan pesanan Rasullullah saw dan memujuk mereka agar terus bertahan di posisi masing-masing,namun hanya 10 orang sahaja yang taat.Peluang ini telah diambil kesempatan oleh tentera berkuda musuh yang telah menyerang dari bahagian belakang yang kosong lalu menerjah masuk ke dalam barisan belakang,lalu menyerang tentera islam yang sedang berebut-rebut harta rampasan perang.

Dalam keadaan inilah Anas r.a melihat Sa'ad bin mu'az  r.a lalu dihadapannya.Beliau menjeri ke arahnya " Wahai Sa'ad!..Ke manakah kamu? Demi Allah aku telah terhidu wangian Syurga daripada Gunung Uhud".
Sambil berkata demikian beliau telah menyerbu ke arah tentera musuh yang begitu ramai sambil berjuang bermati-matian sehinggalah gugur Syahid.

Apabila telah selesai perang,didapati tubuh Anas r.a  telah di siat-siat dan hancur berkecai sehingga tidak ada siapa pun yang dapat mengenalinya lagi, melainkan saudara perempuannya melalui hujung jari.Tidak kurang dari 80 kesan tetakkan pedang dan panah yang dapat di kira dibadan Anan r.a.

Mereka yang berjuang di jalan Allah dengan penuh keikhlasan dan kebaktian akan dapat mengecapi nikmat syurga walaupun masih di dunia..Begitulah yang di alami oleh Anas r.a  yang dapat menghidu bau Syurga.Lihatlah betapa para pejuang islam dahulu yang tidak gentar menghadapi pihak musuh walaupun jumlah musuh yang jauh lebih ramai..

Sekiranya semangat perjuangan para sahabat ini di amalkan pada waktu sekarang sudah tentu musuh-musuh islam tidak berani untuk memperlekehkan ugama islam,apatah lagi untuk menghancurkan sebuah negara islam seperti yang berlaku di Iraq.

Ahad, 6 November 2011

KESYAHIDAN MUS'AB BIN 'UMAIR R.ANHU.....

Mus'ab bin 'Umair r. anhu telah membesar dengan penuh belaian cinta dan kasih sayang oleh ibu-bapanya yang serba mewah.Sebelum beliau memeluk islam ,beliau hidup dilingkungi kesenangan dan kemewahan yang melimpah-ruah.Beliaulah seorang pemuda yang paling kemas pakaiannya di kota Mekah.Ibu-bapanya membelikan pakaian yang mahal berharga dua ratus dirham.tanpa pengetahuan ibu-bapanya,beliau telah memeluk agama islam.

Apabila ibu-bapanya mengetahui bahawa beliau telah memeluk agama islam,mereka telah mengikatnya dan memaksanya tinggal dirumah.Apabila peluang terbuka ,beliau telah berjaya melepaskan diri lalu berhirah pula ke Madinah..Dahulu beliau hidup dilimpahi kemewahan dan sekarang hidupnya sederhana dan berpada pada dengan apa yang ada.

Satu ketika Rasullullah saw sedang duduk,melintaslah Mus'ab r.anhu memakai sehelai kain yang bertampung tampung untuk menutupi badannya.Salah satu tampalan itu daripada kulit.Dengan aliran air mata Rasullullah saw menceritakan betapa Mus'ab dahulu hudup dalam kemewahan sebelum memeluk islam.Beliaulah yang memegang panji-panji islam ketika peperangan Uhud.Ketika orang-orang islam pecah berkecamuk akibat kekalahan di Uhud,beliau tetap memegang bendera, terus bertahan di tempatnya tanpa berganjak.Seorang musuh datang dan menyerangnya lalu memutuskan tangannya dengan pedang agar bendera tersebut jatuh dan sempurnalah kekalahan bagi orang islam,segera beliau menyambar bendera tersebut dengan tangannya satu lagi,sekali lagi musuh telah menetak tangannya yang berdarah itu,beliau merapatkan bendera tersebut ke dadanya.Akhirnya musuh telah memanah menembusi badannya,maka gugurlah beliau bersama-sama bendera tersebut yang tetap dipegangnya semasa beliau masih hidup.

Seorang islam lain telah berlari mendapatkan bendera tersebut.Ketika jenazahnya akan dikebumikan cuma sehelai kain sahaja yang melekat di badannya,itupun sangat pendek jika hendak dibandingkan dengan badannya.Apabila ditarik untuk menutupi kakinya,kepala akan terdedah.Lalu baginda pun bersabda: " Tutuplah kepalanya dengan kain dan kakinya dengan daun Azkhar".

Begitulah berakhirnya seorang pemuda yang telah dibesarkan dengan belaian dan harta benda yang serba serbi mewah.Seorang yang berpakian dua ratus dirham,syahid dalam keadaaan tidak mencukupi pakaian untuk menutupi jasadnya.lihat lah betapa gigih beliau mempertahankan panji-panji islam dan tidak membiarkan jatuh sewaktu beliau masih bernyawa...

Khamis, 3 November 2011

APA YANG KITA TIDAK TAHU......

#MINUM AIR BERGAS BOLEH JADI GANAS....
Satu kajian mendapati remaja yang minim lebih 4 tin minuman bergas boleh bertindak agresif terhadap individu lain..seoraang pengkaji dari Universiti Vermont US, Dr Sara Solnick,mendakwa kandungan kafein dan gula yang terdapat dalam air minuman bergas mendorong tindakan agresif remaja.Penemuan ini berdasarkan kajian terhadap 1,878 remaja berumur 14 hingga 18 tahun.


#RABUN JAUH DISEBABKAN KURANG RIADAH..
kanak kanak yang menghabiskan masa beriadah diluar rumah sekurang-kurangnya 3jam sehari mengurangkan risiko menghadapi masaalah rabun jauh sebanyak 2 %.Pengkaji dari U.Cambridge,Dr Justin Sherwin memberitahu,penemuan berdasarkan kajiannya ke atas 10.000 kanak-kanak dan remaja.


#KANSER OTAK TIADA KAITAN DENGAN TELEFON BIMBIT...
kajian selama 18 tahun oleh Institut Epidernologi kanser di Denmark terhadap lebih 350.000 pengguna telefon bimbit di Eropah telah membuktikan perkara tersebut.Menurut ketua pengkaji,Hazel Hun,tiada sebarang perbezaan atau perkembangan sel kanser otak individu semasa mereka menggunakan telefon bimbit.


#SELUAR DALAM RATU VICTORIA DILELONG RM47,018.....
seluar dalam yang pernah dipakai Ratu Viktoria dijual pada harga 9.375 paund atau RM47,019.seluar dalam itu telah dibeli oleh seorang pembeli rahsia dalam satu acara lelong di rumah lama Battersea,London.Ratu Victoria memerintah dari 20 jun 1837 hingga 22 januari 1901.


#ADAKAH IKAN MINUM...
walaupun ikan hidup didalam air,namun ia tetap memerlukan air untuk minum.Ikan yang tinggal dilaut menggunakan air masin sebagai sumber minuman,namun begitu ikan tersebut tidak akan menjadi masin,kerana semasa ikan minum air laut ini ia mampu mengasingkan garam daripada air laut.Ini kerana ikan memiliki sel kumuhan klorida yang dikenali sebagai  " Ioncytes",dalam insangnya.
Ia bertindak mengepam garam daripada badan ikan tersebut.ikan juga akan dahaga jika tidak minum malah boleh menyebabkan ikan tersebut  mati kekeringan.


#HAIWAN DAPAT MERAMAL BENCANA ALAM...
sesetengah haiwan mampu meramal bencana alam yang akan berlaku seperti gempa bumi,taufan,letusan gunung berapi dan banjir.Obor-obor misalnya mampu mengesan kehadiran taufan 10 hingga 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.Orang-orang jepun suka memelihara ikan emas kerana dipercayai dapat mengesan gempa bumi,ia akan melompat keluar dari akuarium beberapa jam sebelum kejadian berlaku.

# YOGURT BOLEH  UBAT STRESS..
Kajian dilakukan Proceeding Of The National Acadamey Of Sciences,meminum susu atau yogurt mampu mengubati depresi.Ujian yang dijalankan keatas tikus menunjukkan yogurt mampu mengurangkan hormon stress ( kortlkosteron ).

# Amalan meminum air daun mangga yang direndam semalaman dalam secawan air sangat membantu meringankan gejala diabetes.

#KERAP HAMIL JEJASKAN TULANG BELAKANG..
Pakar perubatan dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Kedoktoran,Dr Siti Annissa Nuhomi,jarak kehamilan yang rapat akan menganggu penyerapan kalsium dalam badan,ini kerana untuk pembesaran bayi dan penghasilan susu memerlukan banyak kalsium.jarak kehamilan yang rapat akan menganggu penyerapan kalsium akibat kekurangan estrogen,unsur penting untuk penyerapan kalsium dalam badan.Lebih bahaya apabila darah telah kekurangan kalsium dan mula menyerap kalsium dari gigi dan tulang,ini akan menyebabkan terjadinya kerapuhan  tulang dan kekurangan kalsium menyebabkan berlaku Osteoporosis, terutama kepada wanita yang telah monopous.


#AKTIF BERSENAM PINTAR MATEMATIK...
kajian keatas 171 orang kanak-kanak terlebih berat umur antara 7 hingga 11 tahun di AS.setelah melakukan senaman setiap hari terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan dalam matematik.Menurut laman web Pysch Central,selepas imbasan MRI terhadap otak kanak- kanak tersebut,terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal ( kawasan untuk berfikir ).