Sabtu, 19 November 2011

KETAKUTAN UMAR KEPADA ALLAH......

Umar r.a selalu memegang jerami seraya berkata" Alangkah baiknya menjadi seperti jerami ini". Pada ketika yang lain ia berkata" Alangkah baiknya jika ibuku tidak melahirkan aku".

Pada satu ketika, beliau sedang sibuk dengan suatu pekerjaan yang penting.Pada ketika itu datang seorang membawa pengaduan mengenai suatu hal yang kecil agar beliau dapat menyelesaikannya.Umar memukul bahu orang itu  seraya berkata" Apabila aku duduk untuk menerima perkara tersebut,kamu tidak datang menemuiku,tetapi apabila aku sibuk dengan lain -lain hal yang penting kamu mencelahiku dengan perkara remeh temeh". orang itu pun pergi dari situ.Tetapi Umar r.a memanggilnya kembali dan memberinya cemeti lalu berkata" pukullah aku dengan cemeti ini agar kesalahanku berbalas".Orang itu berkata " Aku maafkan kamu kerana Allah".Umar pulang ke rumahnya lalu bersolat dua rokaat taubat dan mencela dirinya sendiri " wahai Umar kamu dahulu hina maka Allah telah mengangkat darjatmu,kamu sesat tapi Allah telah memberi hidayah kepadamu,kamu dahulu amat mengaibkan kini Allah memulikan serta mengurniakan kekuasaan terhadap orang lain..
Pada suatu hari Umar membuat rondaan biasanya ke Harrah bersama hambanya Aslam,nun jauh kelihatan cahaya api.Beliau pun berkata "Mungkin ada kafilah yang tidak dapat memasukki bandar,marilah kita menguruskan keselamatan yang perlu untuk mereka .. Apabila tiba dikhemah tersebut,didapati seorang wanita dan beberapa orang kanak2 sedang menangis,Umar pun memberi salam dan menghampiri perempuan tersebut..Umar pun bertanya," mengapakah kanak kanak itu menangis?".Wanita itu tidak mengenali Umar menjawab,"Mereka lapar". "Apakah yang ada di dalam periuk?" tanya umar lagi."Hanyalah air dijerang untuk mendiamkan kanak-kanak itu dengan menyangka makanan sedang di masak.Ahh! Allah akan mengadili Umar dan aku pada hari akhirat kelak kerana membiarkan aku dalam kesusahan" kata wanita tersebut.

Umar menangis mendengar kata-kata wanita itu" Semuga Allah merahmatimu, bagaimana Umar dapat membantu" tanya Umar, wanita itu menjawab"Apabila dia menjadi Amir kami,dia perlu tahu mengenai kami".
Umar pun terus ke bandar dan terus ke Baitul Mal,beliau mengisi ke dalam karung dengan tepung,kurma,lemakdan pakaian serta wang dinnar.Kemudian beliau menyuruh Aslam meletakkan karung tersebut dibelakangnya..Aslam enggan dan meminta untuk memikul karung itu,Umar enggan mendengar kata Aslam seraya berkata" Apakah kamu mahu memikul bebanan dosaku pada hari akhirat".Dengan berat hati Aslam meletakkan karung itu ke belakang Umar.

Umar telah memasukkan sedikit tepung,kurma dan lemak ke dalam periuk,menghidupkan api lalu memasaknya.Seketika kemudian makanan itu pun masak.Beliau sendiri melayani keluarga tersebut.setelah kenyang ia menyimpan baki untuk kegunaan keluarga itu semula.Kanak-kanak tersebut sangat gembira setelah memperoleh makanan dan mereka bermain dengan riangnya.Wanita itu sangat gembira dan berkata"Semuga Allah memberi ganjaran kepadamu disebabkan kebaikkanmu.selayaknya kamu mengambil tempat Umar sebagai Khalifah.Umar duduk seketika di suatu penjuru yang berdekatan sambil memerhati kanak-kanak tersebut..Beliau ingin melihat telatah kanak kanak yang sedang bergembira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan