Ahad, 17 Februari 2013

BERAT SAMA DI PIKUL, RINGAN SAMA DI JINJING..


Berat sama di pikul , ringan sama di jinjing..inilah yang dapat di gambarkan perihal cara hidup dan sikap saling bantu -membantu yang di amalkan oleh penduduk di tanah rancangan felda.Di sini perbezaan fahaman politik tidak menjadi penghalang kepada penduduk berhimpun dan bertukar pandangan.




Sikap " ringan tulang"  lebih ketara di majlis besar, seperti majlis walimatulurus.Tugas memastikan majlis berjalan dengan lancar di lakukan oleh  ketua atau wakil tuan rumah.sementara bahagian masakkan pula di tadbir oleh ketua tukang masak yang di lantik secara tetap.Kebanyakkan keperluan untuk kenduri di sediakan oleh ahli-ahli persatuan ( syarikat kenduri kawin ) mengikut blok .








Semua peringkat umur turut  memastikan majlis bnerjalan dengan lancar.inilah kelainan yang terdapat di penempatan peneroka felda...Anak muda akan memastikan hidangan makanan kepada tetamu yang hadir senentiasa mencukupi...Inilah kelainan yang terdapat di tanah-tanah rancangan felda..terutama di  felda anggerik jengka 1....












Selasa, 30 Oktober 2012

KELEBIHAN SUJUD DALAM SHOLAT...

Sebagai hamba kepada pencipta yang Agong, maknusia di tuntut untuk melakukan beberapa ibadat sebagai menunjukkan rasa hormat dan taat.Diantara tuntutan tersebut adalah Sholat 5 waktu.. Di Fardhukan  kepada semua orang islam yang cukup syarat.Rupanya selain di fardhukan,ada berapa gerakan dalam sholat yang memberi banyak manfaat tanpa di sedari.Salah satu daripada gerakan yang wajib dalam sholat adalah " SUJUD "..setelah membelek beberapa blog, dapat simpulkan beberapa kelebihan sujud dari kajian sains..

-Dapat membantu memperbetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat  asalnya

-Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh

-melegakan paru-paru daripada kelesuan dan ketegangan 

-Menggerakkan otot bahu,dada,leher,perut serta punggung pada waktu hendak dan bangun daripada sujud.Pergerakkan otot ini akan menjadikan otot tersebut lebih kuat dan elastik secara semula jadi.

-Pergerakkan otot di bahagian tersebut juga akan memudahkan wanita bersalin kerana organ peranakkan akan mudah kembali ke tempat asal.

-Organ terpenting iaitu otak juga akan mendapat bekalan oksigen yang banyak kerana ketika sujud darah akan di salurkan ke otak dengan kekuatan yang lebih.

-Kesan sujud yang lama juga akan menambah kekuatan aliran darah  ke otak yang dapat mengelakkan pening kepala dan migrain

-Melegakan sakit hernia

-Dapat mengurangkan kesakitan bagi pesakit ependiks atau limpa.Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh

-Melegakan bahagian pelvis

-Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta menghindar penyakit salur darah







Sabtu, 4 Februari 2012

10 WASIAT RASULLULAH KEPADA ANAKNYA....

Ya Fatimah, ketahuilah kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikkan baginya bagi setiap biji gandum ,menhilangkan keburukkan dan menaikkan darjat wanita itu.


Ya Fatimah,kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya , nescaya Allah akan menjadikan jarak antara dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.


Ya Fatimah,tiadalah seorang wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaianya,melainkan Allah akan menetapkan baginya pahala seolah-olah memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang bertelanjang.


Ya Fatimah,tiadalah seorang wanita yang menahan keperluan jiran tetanganya,melainkan Allah akan menahannya dari meminum air dari telaga kautsar pada hari kiamat nanti.


Ya fatimah,yang lebih utama dari seluruh keutamaan adalah redha seorang suami,andai kata suami mu tidak redha padamu,maka aku tidak akan mendoakanmu,ketahuilah wahai anakku,kemarahan suami adalah kemarahan Allah.


Ya Fatimah,apabila sorang wanita mengandung,maka malaikat memohon keampunan baginya dan Allah akan memberi padanya setiap hari seribu kebaikkan dan menghapuskan seribu keburukkan.Ketika wanita itu merasa sakit waktu melahirkan anak,Allah memberi kepadanya pahala yang sama dengan para pejuang yang berjuang dijalan Allah.Ketika ia melahirkan anaknya,maka dosa-dosanya keluar bersama kandungan dan jadilah ia bersih seperti waktu ia dilahirkan dari perut ibunya.Andainya wanita itu meninggal sewaktu melahirkan anaknya,maka Allah akan menghapuskan semua dosa-dosanya,di dalam kubur akan mendapat pertamanan yang indah,yang merupakan salah satu taman dari taman-taman syurga dan Allah akan memberinya pahala seribu orang yang menunaikan haji dan umrah,serta seribu malaikat yang memohon keampunan baginya setiap hari hingga hari kiamat.


Ya Fatimah,tiadalah wanita yang melayani suaminya dengan ikhlas,melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi padanya di hari kiamat nanti satu persalinan serba hijau dan menetapkan setiap rambut pada tubuhnya dengan seribu kebaikkan serta pahala seratus kali menunaikan haji dan umrah.


Ya Fatimah,jika seorang wanita yang tersenyum di hadapan suaminya,maka Allah akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih.


Ya Fatimah,jika seorang wanita membentangkan alas tidur untuk suami dengan senang hati,para malaikat akan memangilnya dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang.


Ya Fatimah,begitu indah menjadi seorang wanita,dengan kelembutan dan kasihnya mampu merubah dunia,jadikanlah dirimu wanita solehah agar negeri menjadi indah,kerana dirimu adalah tiang negeri itu...

Isnin, 12 Disember 2011

SANTAU PEMBUNUH DALAM SENYAP.......


Dalam dunia yang serba moden ini perkara mistik masih lagi menebal dalam budaya orang melayu.Perkara ini telah di warisi turun temurun sejak nenek moyang lagi,kepercayaan terhadap bomoh,dukun dan pawang di pegang teguh hingga kini.Begitu juga dengan santau.

Santau telah lama menjadi senjata untuk membalas dendam di kalangan orang-orang melayu, ia di gunakan untuk membunuh dan merosakkan musuh secara senyap. Santau amat sukar untuk di jelaskan kerana ia terlalu misteri untuk dirungkaikan.Santau adalah sejenis racun yang diberi kepada mangsanya melalui makanan/ minuman dan ada juga kaedah yang mengunakan pemujaan syaitan atau jin, santau dihantar melalui angin.Mangsa santau akan di binasakan secara perlahan -lahan hingga boleh membawa maut.Ada beberapa bahan utama dalam pembuatan santau umpamanya.....

1. Bahan bisa.
Bahan ini biasanya di dapati dari haiwan bisa seperti lipan,ular, kala jengking dan dari  pokok yang beracun seperti getah ipoh,buah kacang hantu,akar-akar kayu yang beracun dan sebagainya..

2. Bahan miang/gatal...
Bahan-bahan ini biasanya di dapati dari miang buluh, tebu, ulat bulu yang masih hidup dan tali guni.Mangsa yang terkena santau jenis ini akan merasa gatal-gatal di tekak dan badan akan terasa bisa.

3. Bahan pedih....
Bahan ini membuatkan mangsa terasa pedih apabila terkena santau.Bahan tersebut adalah kaca,mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku maknusia atau binatang, kelongsong telur, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti lipan ,lipas dan sebagainya.
Ada kes mangsa disantau dengan mengunakan bangkai tikus dan juga tuala wanita yang telah digunakan.

TANDA TANDA TERKENA SANTAU...
Tanda-tanda awal seseorang terkena santau adalah seperti gatal tekak disertai batuk.Batuk adalah tanda yang paling lumrah bagi yang terkena santau ia bukan batuk yang biasa.Ia lebih kepada batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak,pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.Mangsa juga akan demam,tidak boleh tidur malam, rasa gelisah dan tidak berupaya berfikir seperti biasa,kadangkala mangsa akan muntah darah.

Tanda-tanda lain adalah seperti...lenguh dibahagian lutut dan pinggang,tidak selesa dan sering sakit kepala,kurang selera makan,kurang daya ingatan,berubah sikap jadi pemarah dan panas baran, sakit dibahagian tengkuk.
Racun santau akan bergerak sedikit demi sedikit mengikut pergerakkan darah dan berhenti di sendi-sendi dan bergerak ke hujung jari kaki dan tangan.Sekiranya kuku seseorang itu bewarna hitam kebiru-biruan,ini menandakan mangsa telah sampai ke tahap yang teruk.Sekiranya tidak di rawat boleh menyebabkan mangsa santau maut.

Santau walaupun amalan ini salah di sisi agama,namun telah menjadi pilihan untuk memusnahkan insan lain.Ia juga boleh mengakibatkan perniagaan seseorang mengalami kerugian ,terutama pengusaha kedai makan.Tiada yang berani untuk makan di tempat tertentu atau negeri yang terkenal dengan santau.

Sabtu, 3 Disember 2011

TRAGEDI BIR MA'UNAH.......

Dalam tragedi Bir Ma'unah seramai 70 sahabat telah dibunuh.Kesemua mereka adalah para hafiz Qur'an.Jemaah mereka di kenali sebagai Jemaah Qura' dan kebanyakkan di antara mereka adalah orang-orang Ansar.Rasullullah amat menyukai mereka kerana selalu berzikir dan membacaan Qur'an pada waktu malam dan sering mengunjungi baginda pula pada waktu siang.

Seorang yang bernama Amir bin Malik yang di kenali sebagai Abu Bara daripada puak bani 'Aamir satu puak dari Najd telah datang menemui Rasullullah saw,tujuannya ialah ingin meminta izin baginda untuk membawa jemaah ini ke tempatnya dengan tujuan tabligh dan ta'alim.Rasullullah bimbang tentang keselamatan jemaah tersebut.Namun Amir bin Malik telah memberi jaminan keselamatan kepada jemaah terbabit.

Jemaah ini telah berkhemah di Maunah.Orang yang membawa jemaah ini adalah Amir bin Tufall,merupakan anak saudara kepada Amir bin Malik yang sangat memusuhi orang islam.Beliau telah membunuh utusan Rasullullah yang bernama  Haram r.anhu,dengan menusuk lembing hingga menembusi badan.Tidak berpuas hati,Amir bin Taufall telah mengumpulkan puaknya lalu menyerang para jemaah yang sedang berkhemah di Ma'unah.Para puaknya keliru kerana Amir bin malik telah memberi jaminan keselamatan para jemaah terbabit,lalu Amir bin Taufall  telah mengumpulkan puak-puaknya yang paling rapat dan telah melancarkan serangan.

Semua jemaah Qura' telah di bunuh dalam serangan tersebut,Munzir bersama Umar r.anhu yang tiba di tempat tersebut telah terlambat,pada mulanya mereka ingin kembali ke Madinah untuk memaklumkan kepada Rasullullah saw,namun akhirnya telah membuat keputusan untuk menyerang para pembunuh tersebut. Mereka juga telah tewas Munzir telah gugur syahid manakala Umar telah tertangkap.
Jabbar yang telah membunuh Amir bin Fuhaira berkata." Sewaktu aku melembing badan Amir hingga tembus tiba tiba Amir berkata ia telah berjaya..dan badan Amir telah terangkat ke udara,selepas itu aku tertanya-tanya apa maksudnya..".Beliau telah dimaklumkan bahawa Amir menyatakan bahawa dia telah berjaya memasukki syurga...Jabbar bin Salmah akhirnya telah memeluk islam...Kebimbangan rasullullah tentang keselamatan jemaah Qura' yang menjadi kesayangan baginda berasas kerana baginda dapat merasakan niat jahat Amir bin Taufall.Akhirnya semua jemaah terbabit telah dibunuh.

Selasa, 22 November 2011

PENJARA PALING KEJAM DI DUNIA......

Pernahkah anda mendengar tentang penjara yang paling kejam di dunia.Ia dianggap paling kejam bukan hanya kerana keganasan penghuninya tetapi keadaan penjara yang memang tidak layak didiami.Antara penjara yang tersenarai adalah:

CARANDIRU  ( BRAZIL)

Penjara ini bukan sahaja mengejutkan rakyat brazil tetapi juga dunia sewaktu berlakunya rusuhan besar-besaran paada tahun 1992.Tragedi pembunuhan yang melibatkan polis tempatan telah menerima kecaman banyak pihak.Ratusan banduan yang menjadi mangsa telah di bunuh dengan kejam.Ada sumber mengatakan seramai 103 banduan telah dibunuh dan ada pula yang mengatakan berjumlah 111 orang.Tragedi Carandiru bermula dengan pergaduhan antara banduan dengan paegawai penjara,walaupun para banduan telah menyerah kalah dan menyerahkan senjata,namun pihak polis telah bertindak kejam dengan menembak semua banduan tersebut.Tindakan pihak polis ini telah mendapat bantahan semua pihak dan menuntut penjara ini ditutup.


BANG KWANG ( THAILAND)
Dikenali sebagai " Bangkok Hilton".penjara ini memang sudah tidak layak untuk dihuni,selain penuh sesak,ia juga kekurangan pegawai penjara.Para banduan akan dirantai dan diseksa.Ada sumber menyebut terdapat  banduan yang ditahan dalam penjara tersebut menjadi gila akibat tekanan..Ketua penjara, Khun Nattee sendiri mengakui penjara tersebut paling kejam di seluruh Thailand.


ADX FLORENCE SUPERMAX ( COLORADO)
Penjara ini di bina ekoran sebagai tindakbalas akibat serangan keatas para pegawai dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika.Di penjara ini tahap pengawasan adalah terlalu ketat untuk mencegah rusuhan oleh para banduan.Justeru itu para banduan disini diseksa dan didera setiap masa.Selain itu para banduan juga mengalami penderaan psikologi apabila dikurung dalam lokap selam 23 jam dan tidak dibenarkan kemana mana.Selama 13 tahun beroperasi 2 banduan di lapurkan terbunuh,salah satu adalah Lawrence Klaker.Ada yang mengatakan dia mati ditembak,ada juga yang mengatakan banduan tersebut bunuh diri.

ACCATRAZ ISLAND ( SAN FRANCISCO, CA)
Penjara ini dikenali sebagai " The Rock", atau "Devil Island".Di bina pada 1920 ,segala yang tidak menyenangkan terdapat di sini.Alcatraz memang di bina pada sebuah pulau untuk menghalang banduan melepaskan diri.Banduan yang di tahan di sini akan terputus hubungan dengan dunia luar.Ramai banduan yang mengalami ganguan mental kerana tidak di benarkan berhubung antara mereka.Di tutup pada 1963 namun warisan kegelapan terus hidup dan menjadi lagenda.

SAN QUENTIN (CALIFORNIA)
Penjara ini di bina pada tahun 1930.Pengurusan penjara dipenuhi rasuah hingga muncul pegawai baru bernama Clinton Truman Duffy.Beliau mengangap penjara itu terlalu teruk.Sebelum ini banduan mengalami penyeksaan yang serius.Kepala mereka akan di botakkan dan di paksa memakai pakaian seragam yang bertanda nombor.banduan juga di paksa tidur dalam bilik yang sempit tanpa lampu.

DIYARBAKR ( TURKI )
Penjara ini adalah yang paling kejam di Turki,di mana segala keganasan dan kekejaman menjadi  perkara biasa,.dari tahun 1981 hingga 1984, 34 orang  banduan telah mati akibat penyeksaan yang keterlaluan.Para banduan sebenarnya telah melakukan bantahan terhadap pengurusan penjara,mereka melakukan mogok lapar,bahkan membakar diri sendiri sebagai protes,namun tidak berhasil.Kemudahan di penjara ini jauh dari standart.Di penjara ini pernah berlaku di mana seorang kanak-kanak bawah umur di tahan di sini dan mendapat hukuman penjara seumur hidup.

LA SABANETA ( VENEZUELA)
Venezuela juga mempunyai penjara yang tidak kurang kejamnya iaitu la sabaneta.Di sini kekejaman menjadi santapan hari-hari.Kemudahan yang ada terlalu sedikit menyebabkan wabak penyakit cepat merebak.Pernah berlaku di mana 700 banduan mati akibat kolera.Selain itu hampir 100 banduan mati akibat penderaan yang di lakukan oleh pegawai penjara serta pergaduhan antara sesama  banduan.

LA SANTE ( PARIS, PERANCIS )
Bagai penjara maut lainnya,di la Sante juga nyawa maknusia tidak berharga.Perbuatan kejam dan keganasan bermaharajalela.Ramai banduan menjadi gila dan mengalami tekanan jiwa.Kes perkosaan sesama banduan juga mencatat jumlah yang tinggi.Akibatnya ramai banduan yang tidak tahan telah membunuh diri.Sepanjang tahun 2002 seramai 122 banduan telah membunuh diri dan pada tahun 2003 seramai 73 banduan yang menjadi korban.


RIKER ISLAND ( RIKER ISLAND, NEW YORK )
Penyeksaan kejam menjadikan penjara ini terkenal di Amerika.Pada tahun 2007 banduan bernama Charles Afflic mengalami penyeksaan yang keterlaluan dari pegawai penjara sehingga terpaksa menjalani pembedahan otak.Seramai 6 orang banduan telah membunuh diri di dalam lokap akibat tidak tahan dengan tekanan di dalam penjara.

TADMOR..
Jumlah kematian di dalam penjara ini memang tidak terkira banyaknya.Kekejaman yang terdapat di tadmor amat mengerikan.Seorang bekas banduan mengambarkan penjara ini sebagai sebuah kerajaan maut yang menakutkan.Tadmor di tadbir oleh seorang yang haus darah.Pada tahun 1980,berlaku satu percubaan membunuh Presiden di Damaskus.Mereka yang terlibat dalam percubaan itu telah di penjarakan di penjara Tadmor.Askar kerajaan telah menyerang penjara ini mengunakan kapal terbang dan telah membunuh dengan kejam 500 para banduan di lokap mereka.

Isnin, 21 November 2011

PENARIK BECA BERHIAS DI MELAKA....




Jika di tempat lain beca biasanya kelihatan usang dan uzur,Tetapi tidak di Melaka Bandaraya Bersejarah.Di sini beca telah di beri nafas baru,di hias agar kelihatan cantik,serta menjadi daya tarikan di dataran pahlawan.Daya kreativiti tuan beca berhias telah menjadikan ia bukan sahaja pengangkutan yang popular di sini malah dapat  menjana pendapatan sampingan buat penduduk sekitar.Berbagai- bagai jenis hiasan yang dilakukan ke atas beca- beca ini,namun kebanyakkan tuan beca  menggunakan bunga- bunga plastik sebagai hiasan utama.

Ada di antara pengusaha beca berhias yang menjadikan perhidmatan ini sebagai sumber pendapatan utama,ada juga yang menjadikannya sebagai pendapatan sampingan.Jumlah pendapatan juga bergantung pada musim-musim tertentu,seperti musim cuti sekolah dan cuti umum.kadar yang dikenakan juga amat berpatutan
iaitu RM 15.00 untuk perjalanan dari Dataran Pahlawan ke Banggunan Merah yang mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit perjalanan.Bagi yang ingin menyewa beca untuk perjalanan yang lebih jauh iaitu untuk perjalanan 1 jam mengelilingi Bandar Melaka Bersejarah pula caj yang di kenakan adalah RM 40.00 sahaja.

Penarik beca berhias amat mesra dan ramah.Mereka juga menjadi pemandu pelancong kepada para pelawat yang ingin tahu tentang sejarah yang berlaku disitu.tidak hairanlah jika ramai pelancong asing dan tempatan yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan beca berhias yang banyak terdapat di dataran pahlawan.

Perkhidmatan seperti ini patut dicontohi oleh negeri lain yang mempunyai tempat bersejarah,kerana ia bukan sahaja mampu menceriakan tempat tersebut malah akan menjadi sumber pendapatan bagi masyarakat setempat.Pandangan terhadap penarik beca juga akan berubah.

Bandaraya Melaka telah mendahului negeri lain dalam perkara ini.Ia bukan sahaja telah berjaya mengubah cara hidup para penarik beca,malah mengubah pandangan masyarakat umum terhadap mereka.

Penarik beca tidak lagi digambarkan dengan berpakaian kotor dan selekeh,tidur di lorong-lorong, kerana purata pendapatn para penarik beca berhias di sini adalah sekitar RM 80.00-200.00 sehari mengikut musim tertentu.tidak hanya bergantung kepada sumber pendapatan yang terhad dan tidak mampu untuk menyara kos sara hidup yang semakin meningkat.