Isnin, 12 Disember 2011

SANTAU PEMBUNUH DALAM SENYAP.......


Dalam dunia yang serba moden ini perkara mistik masih lagi menebal dalam budaya orang melayu.Perkara ini telah di warisi turun temurun sejak nenek moyang lagi,kepercayaan terhadap bomoh,dukun dan pawang di pegang teguh hingga kini.Begitu juga dengan santau.

Santau telah lama menjadi senjata untuk membalas dendam di kalangan orang-orang melayu, ia di gunakan untuk membunuh dan merosakkan musuh secara senyap. Santau amat sukar untuk di jelaskan kerana ia terlalu misteri untuk dirungkaikan.Santau adalah sejenis racun yang diberi kepada mangsanya melalui makanan/ minuman dan ada juga kaedah yang mengunakan pemujaan syaitan atau jin, santau dihantar melalui angin.Mangsa santau akan di binasakan secara perlahan -lahan hingga boleh membawa maut.Ada beberapa bahan utama dalam pembuatan santau umpamanya.....

1. Bahan bisa.
Bahan ini biasanya di dapati dari haiwan bisa seperti lipan,ular, kala jengking dan dari  pokok yang beracun seperti getah ipoh,buah kacang hantu,akar-akar kayu yang beracun dan sebagainya..

2. Bahan miang/gatal...
Bahan-bahan ini biasanya di dapati dari miang buluh, tebu, ulat bulu yang masih hidup dan tali guni.Mangsa yang terkena santau jenis ini akan merasa gatal-gatal di tekak dan badan akan terasa bisa.

3. Bahan pedih....
Bahan ini membuatkan mangsa terasa pedih apabila terkena santau.Bahan tersebut adalah kaca,mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku maknusia atau binatang, kelongsong telur, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti lipan ,lipas dan sebagainya.
Ada kes mangsa disantau dengan mengunakan bangkai tikus dan juga tuala wanita yang telah digunakan.

TANDA TANDA TERKENA SANTAU...
Tanda-tanda awal seseorang terkena santau adalah seperti gatal tekak disertai batuk.Batuk adalah tanda yang paling lumrah bagi yang terkena santau ia bukan batuk yang biasa.Ia lebih kepada batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak,pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.Mangsa juga akan demam,tidak boleh tidur malam, rasa gelisah dan tidak berupaya berfikir seperti biasa,kadangkala mangsa akan muntah darah.

Tanda-tanda lain adalah seperti...lenguh dibahagian lutut dan pinggang,tidak selesa dan sering sakit kepala,kurang selera makan,kurang daya ingatan,berubah sikap jadi pemarah dan panas baran, sakit dibahagian tengkuk.
Racun santau akan bergerak sedikit demi sedikit mengikut pergerakkan darah dan berhenti di sendi-sendi dan bergerak ke hujung jari kaki dan tangan.Sekiranya kuku seseorang itu bewarna hitam kebiru-biruan,ini menandakan mangsa telah sampai ke tahap yang teruk.Sekiranya tidak di rawat boleh menyebabkan mangsa santau maut.

Santau walaupun amalan ini salah di sisi agama,namun telah menjadi pilihan untuk memusnahkan insan lain.Ia juga boleh mengakibatkan perniagaan seseorang mengalami kerugian ,terutama pengusaha kedai makan.Tiada yang berani untuk makan di tempat tertentu atau negeri yang terkenal dengan santau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan