Khamis, 6 Oktober 2011

PULANG DARI PERAK.......

Petang 6 hb oktober 2011 hari Rabu,Setelah mengambil anak di UiTM Sri Iskandar Perak,Kami bergerak pulang ke Pahang lebih kurang jam 10.30 pagi.Kampus UiTM Sri Iskandar telah banyak mengalami perubahan yang ketara berbeza sewaktu saya pergi tidak beberapa lama dahulu.Bandar Sri Iskandar juga telah banyak berubah,Terdapat satu projek besar yang sedang dalam bembinaan dan jika mengikut papan kenyataan, projek yang sedang dijalankan itu adalah untuk membina pasaraya besar Tesco. Ini merupakan berita gembira buat pengguna dikawasan tersebut, namun tentulah menjadi berita buruk buat peniaga-peniaga kecil melayu di sekitarnya. Terutama pasaraya Halida yang telah lama bertapak di bandar Sri Iskandar.

Pada awalnya kami bercadang untuk berhenti minum di Batu Gajah, namun setelah memikirkan jarak perjalanan yang masih panjang ,akhirnya kami membuat keputusan untuk berhenti di R&R Tapah yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.Cuaca baik walaupun sedikit mendung. Lebuh Raya Utara Selatan juga lengang,tidak banyak kenderaan..



Setelah  hampir 1 jam perjalanan kami tiba di Hentian R&R Tapah.Suasana juga agak lengang, berbanding jika diwaktu cuti sekolah mahupun cuti umum yang kebiasannya sesak,hingga sukar untuk mencari tempat meletak kenderaan.Setelah berehat sebentar dan menghilangkan dahaga, kami meneruskan perjalanan..
Anak saya memberi cadangan supaya melalui jalan Batang Kali -Genting Highland lama,Saya juga bercadang untuk melalui jalan tersebut, Memandangkan telah lama tidak mengunakan jalan tanpa tol semenjak bertugas ditempat baru.Jalan ini agak sibuk dan banyak terdapat lampu isyarat terutama dikawasan pekan Serendah.Setelah melepasi kesesakkan di pekan serendah,akhirnya kami tiba ke susur menuju Genting Highland.

Keadaan jalan yang kecil dan berliku-liku menyukarkan pemanduan,setelah hampir 1 jam, baru tiba sempadan Genting Highland.Memandangkan suhu engin
naik kami membuat keputusan untuk berehat sebentar.

Setelah berehat hampir setengah jam,kami meneruskan perjalanan,hingga sampai Lebuh Raya LPT..Yang mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka......







 Alhamdulillah, kami berjaya sampai ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka dengan selamat,bersyukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan segala urusan saya pada hari ini.Dari Bandar Tun Razak ke kampung halaman saya hanya mengambil hanya 15 minit perjalanan sahaja.

Akhirya setelah hampir 4 jam perjalanan kami berdua telah sampai ke kampung halaman.Ia merupakan penempatan pertama peneroka kawasan Jengka dan mempunyai hampir 500 keluarga.Pendapatan utama para peneroka disini adalah melalui hasil ladang iaitu buah kelapa sawit yang dijual ke kilang Felda.Di sini bercampur berbagai etnik dari berbagai negeri namun senentiasa saling bantu-membantu tanpa mengira fahaman politik dan itulah keistimewaan Kampung Anggerik Jengka 1...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan