Sabtu, 8 Oktober 2011

Aktiviti ekonomi gen 2 kg Anggerik.........


Ramai generasi ke 2 kampung ini yang telah berhijrah dan mencuba nasib di bandar besar seperti Kuala lumpur, Shah Alam dan Johor baharu.Namun masih ramai lagi yang telah memilih untuk terus menetap di kampung dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.Ada dikalangan mereka yang telah berjaya dan mampu berbangga dengan kejayaan tersebut.Ramai anak2 kampung yang menjadi peniaga di pasar-pasar malam, membuka kedai runcit,bengkel membaiki kenderaan dan kedai makan.Ramai juga yang telah mengambilalih pengurusan ladang kelapa sawit setelah kedua ibubapa meninggal dunia.Hampir semua usahawan tersebut telah berjaya dalam bidang masing-masing dan lebih mewah jika hendak dibandingkan dengan anak-anak kampung yang merantau dibandar-bandar.



Berkat dari kesabaran dan berusaha dengan gigih, ada dikalangan mereka yang telah berjaya membeli ladang kelapa sawit yang dijual oleh waris peneroka kerana tidak mahu menetap ditanah rancangan setelah ketiadaan ibu-bapa. Kebanyakkan dikalangan anak perantau ini sudah berkeluarga serta telah memilih untuk menetap dibandar.

Tidak kurang juga ada dikalangan anak kampung yang mengambil upah mengangkut buah kelapa sawit dari ladang ke kilang felda dengan kadar upah yang berpatutan.Malah ada yang telah membuka kedai menjual alat-alat binaan dan berbagai-bagai jenis perniagaan lain.
 


 Terdapat juga dikalangan pemuda dari gen 2 yang mencuba dalam penanaman pokok karas atau gaharu secara kecil-kecilan hingga ada yang telah menanam berjumlah beratus pokok.Bidang ini baharu sahaja dimulakan, sedangkan pokok karas mengambil masa hingga 7 tahun untuk mengeluarkan hasil.Namun memandangkan harga teras kayu yang mahal serta mendapat permintaan yang tinggi,ianya telah banyak menarik minat pemuda dikampung untuk mengusahakan tanaman ini ditanah kosong yang terdapat dibelakang rumah.



Bagi yang lebih berani dan sangup meredah hutan pula akan cuba mencari pokok karas liar.Perbuatan ini memang salah disisi undang-undang dan akan menerima hukuman sekiranya tertangkap kerana menceroboh hutan simpan,lagipun bukan senang untuk menemui pokok karas atau gaharu liar,tambahan pula pokok tersebut tidak banyak jumlahnya.

menjalankan proses inokulasi ke atas pokok karas.


Banyak lagi kemudahan lain yang terdapat di kampung ini untuk kemudahan generasi ke 2, namun kebanyakkannya tidak diselenggara dengan baik hingga menyebabkan kemudahan yang disediakan oleh pihak Felda kelihatan usang dan tidak terjaga.Sepatutnya semua kemudahan ini diselengara dengan baik oleh pihak yang berwajib agar ianya dapat digunakan untuk jangkamasa yang lama.



 Amatlah diharapkan agar pada pemilihan Ketua Belia yang akan datang,para generasi ke 2 yang berada di kampung akan memilih calon yang benar-benar berwibawa untuk meneraju persatuan.Apakah persatuan Belia sekarang begitu ketandusan program hingga menyebabkan segala kemudahan ini terbiar.Kemudahan ini sepatutnyalah dipelihara dengan baik agar ia tidak menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada kerosakkan pemandangan kampung...

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan