Jika di tempat lain beca biasanya kelihatan usang dan uzur,Tetapi tidak di Melaka Bandaraya Bersejarah.Di sini beca telah di beri nafas baru,di hias agar kelihatan cantik,serta menjadi daya tarikan di dataran pahlawan.Daya kreativiti tuan beca berhias telah menjadikan ia bukan sahaja pengangkutan yang popular di sini malah dapat menjana pendapatan sampingan buat penduduk sekitar.Berbagai- bagai jenis hiasan yang dilakukan ke atas beca- beca ini,namun kebanyakkan tuan beca menggunakan bunga- bunga plastik sebagai hiasan utama.
Ada di antara pengusaha beca berhias yang menjadikan perhidmatan ini sebagai sumber pendapatan utama,ada juga yang menjadikannya sebagai pendapatan sampingan.Jumlah pendapatan juga bergantung pada musim-musim tertentu,seperti musim cuti sekolah dan cuti umum.kadar yang dikenakan juga amat berpatutan
iaitu RM 15.00 untuk perjalanan dari Dataran Pahlawan ke Banggunan Merah yang mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit perjalanan.Bagi yang ingin menyewa beca untuk perjalanan yang lebih jauh iaitu untuk perjalanan 1 jam mengelilingi Bandar Melaka Bersejarah pula caj yang di kenakan adalah RM 40.00 sahaja.
Penarik beca berhias amat mesra dan ramah.Mereka juga menjadi pemandu pelancong kepada para pelawat yang ingin tahu tentang sejarah yang berlaku disitu.tidak hairanlah jika ramai pelancong asing dan tempatan yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan beca berhias yang banyak terdapat di dataran pahlawan.
Perkhidmatan seperti ini patut dicontohi oleh negeri lain yang mempunyai tempat bersejarah,kerana ia bukan sahaja mampu menceriakan tempat tersebut malah akan menjadi sumber pendapatan bagi masyarakat setempat.Pandangan terhadap penarik beca juga akan berubah.
Bandaraya Melaka telah mendahului negeri lain dalam perkara ini.Ia bukan sahaja telah berjaya mengubah cara hidup para penarik beca,malah mengubah pandangan masyarakat umum terhadap mereka.
Penarik beca tidak lagi digambarkan dengan berpakaian kotor dan selekeh,tidur di lorong-lorong, kerana purata pendapatn para penarik beca berhias di sini adalah sekitar RM 80.00-200.00 sehari mengikut musim tertentu.tidak hanya bergantung kepada sumber pendapatan yang terhad dan tidak mampu untuk menyara kos sara hidup yang semakin meningkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan