Jumaat, 18 November 2011

SYAHIDNYA ANAS BIN NADHR.......

Anas bin Nadhr Radhiallahu anhu adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw yang tidak dapat turut serta dalam peperangan Badar.Beliau sangat sedih dan kecewa kerana telah terlepas peluang untuk mendapatkan penghormatan menyertai peperangan yang pertama dan penuh bermakna untuk mempertahankan Islam.

Namun beliau tidak perlu menunggu lama,peperangan Uhud muncul setahun kemudian.Beliau menyertai tentera mujahid dengan semangat jihad yang begitu kuat dan tinggi.Walaupun menghadapi tentera musuh yang berlipat kali ganda,tentera -tentera islam berjaya pada permulaanya sehinggalah  beberapa orang telah melakukan kesilapan dan kecuaian yang akibatnya tentera islam menerima pukulan yang teruk.Rasullullah telah mengarahkan satu kumpulan seramai 50 orang pemanah untuk mengawal satu genting di bahagian belakang daripada serangan pihak musuh.Mereka telah diarahkan supaya tidak meninggalkan posisi tersebut sehingga mendapat arahan yang selanjutnya daripada baginda.

Tetapi apabila mereka melihat orang-orang islam mula berjaya dan tentera musuh mula berundur dan lari lintang pukang,mereka telah meninggalkan posisi kerana percaya perang telah tamat dan turut terpikat untuk mengambil hasil rampasan perang yang ditinggalkan.Amir bagi kumpulan tersebut telah bersunguh-sunguh melarang dan cuba untuk menghalang mereka sambil menyampaikan pesanan Rasullullah saw dan memujuk mereka agar terus bertahan di posisi masing-masing,namun hanya 10 orang sahaja yang taat.Peluang ini telah diambil kesempatan oleh tentera berkuda musuh yang telah menyerang dari bahagian belakang yang kosong lalu menerjah masuk ke dalam barisan belakang,lalu menyerang tentera islam yang sedang berebut-rebut harta rampasan perang.

Dalam keadaan inilah Anas r.a melihat Sa'ad bin mu'az  r.a lalu dihadapannya.Beliau menjeri ke arahnya " Wahai Sa'ad!..Ke manakah kamu? Demi Allah aku telah terhidu wangian Syurga daripada Gunung Uhud".
Sambil berkata demikian beliau telah menyerbu ke arah tentera musuh yang begitu ramai sambil berjuang bermati-matian sehinggalah gugur Syahid.

Apabila telah selesai perang,didapati tubuh Anas r.a  telah di siat-siat dan hancur berkecai sehingga tidak ada siapa pun yang dapat mengenalinya lagi, melainkan saudara perempuannya melalui hujung jari.Tidak kurang dari 80 kesan tetakkan pedang dan panah yang dapat di kira dibadan Anan r.a.

Mereka yang berjuang di jalan Allah dengan penuh keikhlasan dan kebaktian akan dapat mengecapi nikmat syurga walaupun masih di dunia..Begitulah yang di alami oleh Anas r.a  yang dapat menghidu bau Syurga.Lihatlah betapa para pejuang islam dahulu yang tidak gentar menghadapi pihak musuh walaupun jumlah musuh yang jauh lebih ramai..

Sekiranya semangat perjuangan para sahabat ini di amalkan pada waktu sekarang sudah tentu musuh-musuh islam tidak berani untuk memperlekehkan ugama islam,apatah lagi untuk menghancurkan sebuah negara islam seperti yang berlaku di Iraq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan