Selasa, 25 Oktober 2011
MUAMMAR GHADDAFI: KEBAIKKAN YANG DISEMBUNYI.....
Kejatuhan kerajaan Muammar Ghaddafi memang telah diramal oleh banyak pihak,ini ekoran gerakan revolusi yang dilakukan oleh rakyat Libya.Namun mungkin semua gerakan ini sebenarnya telah dirancang oleh pihak barat ,yang selama ini amat tidak senang dengan pemimpin Libya yang lantang mengkritik dasar-dasar barat terhadap dunia Arab.Berbagai-bagai gelaran telah diberi untuk memburukkan imej pemimpin ini di mata dunia,mereka mengelarnya penaja keganasan,ekoran keenganannya menyerahkan rakyat Libya yang disyaki meletupkan sebuah jet penumpang Pan Am diatas desa Lockerbie Scotland yang membunuh 270 orang penumpang.Ditambah pula maklumat yang mengatakan bahawa pemimpin ini telah menuntut agar pembayaran minyak mentah di buat mengunakan wang dinar,ini sudah tentu menambah lagi kemarahan AS.Ianya terbukti apabila pihak NATO telah membedil Komplek Bab al-Aziziyah mencederakan 45 orang dengan 15 parah manakala Ghaddafi terselamat.
Menghasut rakyat libya merusuh, manakala pihak barat pula membekalkan senjata dan sokongan ketenteraan untuk mempastikan Rejim Ghaddafi tumbang adalah pilihan terbaik. kemarahan rakyat yang di bantu kekuatan tentera bersekutu akhirnya telah berjaya menewaskan pemimpin yang telah memerintah Libya selama 42 tahun dan telah diberi gelaran " King Of Kings".
Disebalik gambaran buruk yang telah diberikan kepada beliau,sebenarnya banyak yang telah pemimpin ini lakukan untuk kesenangan rakyatnya dan tidak terdapat pada negara lain ....
# tiada bil eletrik, percuma kepada semua rakyat.
# Tiada faedah atas pinjamam bank,bank-bank adalah milik kerajaan.
# Beliau berikrar bahawa ibu-bapa beliau tidak akan mendapat rumah hinggalah
semua rakyat telah mendapat rumah.Bapa Ghaddafi telah meninggal ketika beliau,isteri dan ibu masih tinggal dalam khemah.
# Semua pasangan pengantin baru akan mendapat 6000 dinar.
# pendidikan dan perubatan adalah percuma,celik huruf sebelum Ghaddafi adalah 10% era Ghaddafi 90 %.
#Jika rakyat Libya ingin memulakan bidang pertanian, mereka akan mendapat sebidang,sebuah rumah pertanian,benih dan ternakan secara percuma.
#Andai ada rakyat Libya tidak dapat mencari pendidikan / perubatan yang ada dalam negara,kerajaan akan memberi dana kepada mereka untuk ke luar negara,bukan sahaja percuma malah akan diberi AS 2.300 sebulan,penginapan dan elaun kereta.
# Kerajaan akan memberi potongan 50% untuk membeli kereta.
# Harga petrol adalah $0.14 seliter.
# Libya tidak memilikki hutang luar negara dan rizabnya $ 150 bilion..kini telah dibekukan.
# Rakyat libya yang tamat ijazah,namun tidak dapat pekerjaan akan dibayar gaji seolah-olah diambil berkerja hingga mendapat pekerjaan.
# Sebahagian hasil jualan minyak dikreditkan terus ke akaun semua warga libya.
# 25% rakyat libya mempunyai ijazah universiti.
# Ghaddafi telah membangunkan projek pengairan yang terbesar di dunia hingga mendapat gelaran" the great Man-made" untuk menyediakan air ke seluruh padang pasir di negara itu.
# harga 40 buku roti di libya hanyalah $0.15.
Apakah seorang diktator yang zalim akan membuat begitu banyak kebaikkan untuk kesenangan rakyatnya, sedangkan di sesetengah tempat, barang-barang keperluan asas dan harga makanan mahal.Pendidikan dan perubatan terpaksa dibayar,pinjaman dikenakan kadar faedah yang tinggi.Mungkin antara kesilapan Ghaddafi adalah membiarkan perniagaan kerajaan dimonopoli oleh ahli keluarganya hingga menumbulkan rasa tidak puas hati kebanyakkan rakyat dan akhirnya memberontak.Namun tidak wajar bagi beliau diperlakukan seperti haiwan disaat akhir hidupnya.
Dengan melupakan segala jasanya kepada semua warga Libya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan