Selasa, 25 Oktober 2011

MUAMMAR GHADDAFI: KEBAIKKAN YANG DISEMBUNYI.....


Kejatuhan kerajaan Muammar Ghaddafi memang telah diramal oleh banyak pihak,ini ekoran gerakan revolusi yang dilakukan oleh rakyat Libya.Namun mungkin semua gerakan ini sebenarnya telah dirancang oleh pihak barat ,yang selama ini amat tidak senang dengan pemimpin Libya yang lantang mengkritik dasar-dasar barat terhadap  dunia Arab.Berbagai-bagai gelaran telah diberi untuk memburukkan imej pemimpin ini di mata dunia,mereka mengelarnya penaja keganasan,ekoran keenganannya menyerahkan rakyat Libya yang disyaki meletupkan sebuah jet penumpang Pan Am diatas desa Lockerbie Scotland yang membunuh 270 orang penumpang.Ditambah pula maklumat yang  mengatakan bahawa pemimpin ini telah menuntut agar pembayaran minyak mentah di buat mengunakan wang dinar,ini sudah tentu  menambah lagi kemarahan AS.Ianya terbukti apabila pihak NATO telah membedil Komplek Bab al-Aziziyah mencederakan 45 orang dengan 15 parah manakala Ghaddafi terselamat.

Menghasut rakyat libya merusuh, manakala pihak barat pula membekalkan senjata dan sokongan ketenteraan untuk mempastikan Rejim Ghaddafi tumbang adalah pilihan terbaik. kemarahan rakyat yang di bantu kekuatan tentera bersekutu akhirnya telah berjaya menewaskan pemimpin yang telah memerintah Libya selama 42 tahun dan telah diberi gelaran  " King Of Kings".

Disebalik gambaran buruk yang telah diberikan kepada beliau,sebenarnya banyak yang telah pemimpin ini lakukan untuk kesenangan rakyatnya dan tidak terdapat pada negara lain ....

#  tiada bil eletrik, percuma kepada semua rakyat.

# Tiada faedah atas pinjamam bank,bank-bank adalah milik kerajaan.

# Beliau berikrar bahawa ibu-bapa beliau tidak akan mendapat rumah hinggalah
semua rakyat telah mendapat rumah.Bapa Ghaddafi telah meninggal ketika beliau,isteri dan ibu masih tinggal dalam khemah.

# Semua pasangan pengantin baru akan mendapat 6000 dinar.

# pendidikan dan perubatan adalah percuma,celik huruf sebelum Ghaddafi adalah 10% era Ghaddafi  90 %.

#Jika rakyat Libya ingin memulakan bidang pertanian, mereka akan   mendapat sebidang,sebuah  rumah   pertanian,benih dan ternakan secara percuma.

#Andai ada rakyat Libya tidak dapat mencari pendidikan / perubatan yang ada dalam negara,kerajaan akan memberi dana kepada mereka untuk ke luar negara,bukan sahaja percuma malah akan diberi AS 2.300 sebulan,penginapan dan elaun kereta.

# Kerajaan akan memberi potongan 50% untuk membeli kereta.

# Harga petrol adalah $0.14 seliter.

# Libya tidak memilikki hutang luar negara dan rizabnya $ 150 bilion..kini telah dibekukan.

# Rakyat libya yang tamat ijazah,namun tidak dapat pekerjaan akan dibayar gaji seolah-olah diambil berkerja hingga mendapat pekerjaan.

# Sebahagian hasil jualan minyak dikreditkan terus ke akaun semua warga libya.

#  25% rakyat libya mempunyai ijazah universiti.

# Ghaddafi telah membangunkan projek pengairan yang terbesar di dunia hingga mendapat gelaran" the great Man-made" untuk menyediakan  air ke seluruh padang pasir di negara itu.

# harga 40 buku roti di libya hanyalah $0.15.

Apakah seorang diktator yang zalim akan membuat begitu banyak kebaikkan untuk kesenangan rakyatnya, sedangkan di sesetengah tempat, barang-barang keperluan asas dan harga makanan mahal.Pendidikan dan perubatan terpaksa dibayar,pinjaman dikenakan kadar faedah yang tinggi.Mungkin antara kesilapan Ghaddafi adalah membiarkan perniagaan kerajaan dimonopoli oleh ahli keluarganya hingga menumbulkan rasa tidak puas hati kebanyakkan rakyat dan akhirnya memberontak.Namun tidak wajar bagi beliau diperlakukan seperti haiwan disaat akhir hidupnya.
Dengan melupakan segala jasanya kepada semua warga Libya.


                                                               

Rabu, 19 Oktober 2011

LAUT JUGA MEMULIAKAN AL-QUR'AN..........

LUMUT: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.
Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.
Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.
Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.
Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.

“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu.

Isnin, 17 Oktober 2011

INFO MENARIK.......

. Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam 

.. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.

.. Nama mobil Nissan berasal dari bahasa Jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

....Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.
.
... Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.
 

  .98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

...Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.

 . .Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.
  

.. Titik diatas huruf i disebut ‘title’.

 ..Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi hampas segarnya akan bergerak naik turun dalam gelas.

. ..Benjamin Franklin anak bongsu dari orangtua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.
 

...Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.
 

....Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.
 

...Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari.
  

...Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.
 

...Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.
 

  ..Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).
 

  .Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan merasa haus.
   

..Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.
  

..Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
 

..Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.
  

..Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.
  

.Lambang/ikon ’save’ pada program Microsoft Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.
 

..Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal   dan Emma Wedgewood).
  

   ...Unta mempunyai 3 kelopak mata.
 

  ..Jangkahayat sehelai rambut di kepala kita adalah 2 hingga 6 tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.
  

..Seseorang masih dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal kepalanya.
  

..Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.

..Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.
  
..Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.
  

..Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.
 

  ..13% orang di dunia adalah kidal.
 

  ..Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.
 

  ..Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.
   

..Kita sebenarnya melihat dengan otak. Peranan mata hanyalah seperti kamera yang menghantar maklumat/data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.
   

..Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.
 

..Tahun 1830-an, sos tomato biasa dijual sebagai ubat.
  .

.India mempunyai undang-undang hak untuk lembu.
  

..Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami   pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.
  ..

Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.
  .

.Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.
  ..Kanak-kanak mempunyai 20 gigi susu. Orang dewasa pula mempunyai 32 gigi kekal.
 

..Disebabkan rangkanya diperbuat daripada logam, maka piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke-2 diperbuat daripada kayu.
 

..Setiap kitaran 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini dinamakan sebagai “Solarmax”.
  

..Terdapat 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.
  

..Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi.

Ahad, 16 Oktober 2011

PENEROKA RAYU PERCEPAT TANAM SEMULA....

Seramai 235 peneroka dari Felda Bukit Tangga di  Kubang Pasu  Kedah,telah merayu agar proses menanam semula getah ditempat mereka disegerakan.Sehingga kini setiap peneroka telah mendapat wang pendahuluan sebanyak RM 1.200 dalam bentuk hutang.Mereka bimbang sekiranya proses menanam semula lambat dijalankan hutang  tersebut akan bertambah.Ini sudah pasti akan membebankan buat mereka.

Proses menanam semula telah dijalankan pada akhir 2009 dan masih belum selesai hingga kini.Terdapat hampir 370 peneroka difelda tersebut dengan keluasan ladang 1.480 hektar.

Menurut pihak pengurusan di felda terbabit,punca kelewatan adalah kerana masaalah cuaca dan juga masaalah
penjualan kayu getah yang tidak mendapat persetujuan dari semua peneroka yang terlibat.Sebanyak 70.000 daripada 600.000 pokok getah telah ditanam dan dijangka siap tidak beberapa lama lagi.....

PENEROKA KERTEH 2 & 3 SAMAN FELDA.....

Seramai 77 peneroka dari tanah Rancangan Kerteh 2 & 3 telah mengemukakan saman kepada felda untuk menuntut wang tanam semula.Saman itu dibuat di mahkamah Kuala Terengganu pada 13 Oktober yang lalu.
Peguam Mohd Kamarulzaman Abdul Wahab dari Tetuan Aziz & Co telah mewakili para peneroka terbabit.
Turut hadir dihari tersebut adalah Pengerusi Anak,Mazlan Aliman

Menurut peneroka Kerteh 3,Pihak felda telah gagal memulangkan kembali wang caruman tanam semula sebanyak RM 17.000 yang dipotong sejak 20 tahun yang lalu.Ini kerana para peneroka yang terlibat telah mengusahakan proses menanam semula sendiri tanpa melibatkan pihak felda.Menurut beliau lagi, potongan itu telah dilakukan mulai 1970 pada kadar RM 3.34 sehektar dan pada 1985 kadar potongan telah dinaikkan kepada RM 4.00 sehektar hingga sekarang.

Seorang peneroka Kerteh 2 pula menyatakan peneroka dipotong caruman tabung menanam semula sebanyak RM 40.00 seorang selama 25 tahun..Membawa kes ini ke mahkamah bukanlah pilihan mereka ,namun setelah semua usaha untuk mencari kata sepakat gagal,memaksa untuk mencari penyelesaian dimahkamah.

Sehingga kini terdapat hampir 2000 peneroka felda diseluruh negara yang telah memfailkan saman keatas felda kerana isu  KPG  yang melibatkan jumlah sebanyak RM 1.5 billion..menurut kenyataan dari pengerusi Anak, Encik Mazlan Aliman.









Isnin, 10 Oktober 2011

102,560 Peneroka telah melangsaikan hutang...

Seramai 102.560 peneroka telah melangsaikan hutang bayaran kembali yang kesemuanya berjumlah RM 3,105 juta kepada pihak felda.Bagaimanapun, seramai 10,075 peneroka belum menyelesaikan hutang yang kesemuanya berjumlah RM 92.863 juta, daripada jumlah itu Rm 28.58 juta masih dalam tempoh bayaran kembali yang dijangka akan berakhir pada 2017,manakala RM 64.28 juta dalam bentuk tunggakkan ketika menjawab soalan dari Datuk Kamarul Bahari ( PKR)....

Datuk kamarul bertanya tentang butiran peneroka yang masih berhutang dengan pihak felda serta jumlah simpanan peneroka dalam tabung caruman tanam semula sehingga kini...

Dato Ahmad mazlan juga menyatakan bahawa sehingga 1 Oktober 2011 jumlah pinjaman bagi 112,635 peneroka adalah RM 3,220 juta.Ia merupakan kos pembangunan yang telah didahulukan oleh pihak felda untuk pembersihan hutan,pembanggunan ladang,pembinaan rumah dan pinjaman persendirian..

Sabtu, 8 Oktober 2011

Aktiviti ekonomi gen 2 kg Anggerik.........


Ramai generasi ke 2 kampung ini yang telah berhijrah dan mencuba nasib di bandar besar seperti Kuala lumpur, Shah Alam dan Johor baharu.Namun masih ramai lagi yang telah memilih untuk terus menetap di kampung dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.Ada dikalangan mereka yang telah berjaya dan mampu berbangga dengan kejayaan tersebut.Ramai anak2 kampung yang menjadi peniaga di pasar-pasar malam, membuka kedai runcit,bengkel membaiki kenderaan dan kedai makan.Ramai juga yang telah mengambilalih pengurusan ladang kelapa sawit setelah kedua ibubapa meninggal dunia.Hampir semua usahawan tersebut telah berjaya dalam bidang masing-masing dan lebih mewah jika hendak dibandingkan dengan anak-anak kampung yang merantau dibandar-bandar.



Berkat dari kesabaran dan berusaha dengan gigih, ada dikalangan mereka yang telah berjaya membeli ladang kelapa sawit yang dijual oleh waris peneroka kerana tidak mahu menetap ditanah rancangan setelah ketiadaan ibu-bapa. Kebanyakkan dikalangan anak perantau ini sudah berkeluarga serta telah memilih untuk menetap dibandar.

Tidak kurang juga ada dikalangan anak kampung yang mengambil upah mengangkut buah kelapa sawit dari ladang ke kilang felda dengan kadar upah yang berpatutan.Malah ada yang telah membuka kedai menjual alat-alat binaan dan berbagai-bagai jenis perniagaan lain.
 


 Terdapat juga dikalangan pemuda dari gen 2 yang mencuba dalam penanaman pokok karas atau gaharu secara kecil-kecilan hingga ada yang telah menanam berjumlah beratus pokok.Bidang ini baharu sahaja dimulakan, sedangkan pokok karas mengambil masa hingga 7 tahun untuk mengeluarkan hasil.Namun memandangkan harga teras kayu yang mahal serta mendapat permintaan yang tinggi,ianya telah banyak menarik minat pemuda dikampung untuk mengusahakan tanaman ini ditanah kosong yang terdapat dibelakang rumah.



Bagi yang lebih berani dan sangup meredah hutan pula akan cuba mencari pokok karas liar.Perbuatan ini memang salah disisi undang-undang dan akan menerima hukuman sekiranya tertangkap kerana menceroboh hutan simpan,lagipun bukan senang untuk menemui pokok karas atau gaharu liar,tambahan pula pokok tersebut tidak banyak jumlahnya.

menjalankan proses inokulasi ke atas pokok karas.


Banyak lagi kemudahan lain yang terdapat di kampung ini untuk kemudahan generasi ke 2, namun kebanyakkannya tidak diselenggara dengan baik hingga menyebabkan kemudahan yang disediakan oleh pihak Felda kelihatan usang dan tidak terjaga.Sepatutnya semua kemudahan ini diselengara dengan baik oleh pihak yang berwajib agar ianya dapat digunakan untuk jangkamasa yang lama.



 Amatlah diharapkan agar pada pemilihan Ketua Belia yang akan datang,para generasi ke 2 yang berada di kampung akan memilih calon yang benar-benar berwibawa untuk meneraju persatuan.Apakah persatuan Belia sekarang begitu ketandusan program hingga menyebabkan segala kemudahan ini terbiar.Kemudahan ini sepatutnyalah dipelihara dengan baik agar ia tidak menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada kerosakkan pemandangan kampung...

 




Khamis, 6 Oktober 2011

PULANG DARI PERAK.......

Petang 6 hb oktober 2011 hari Rabu,Setelah mengambil anak di UiTM Sri Iskandar Perak,Kami bergerak pulang ke Pahang lebih kurang jam 10.30 pagi.Kampus UiTM Sri Iskandar telah banyak mengalami perubahan yang ketara berbeza sewaktu saya pergi tidak beberapa lama dahulu.Bandar Sri Iskandar juga telah banyak berubah,Terdapat satu projek besar yang sedang dalam bembinaan dan jika mengikut papan kenyataan, projek yang sedang dijalankan itu adalah untuk membina pasaraya besar Tesco. Ini merupakan berita gembira buat pengguna dikawasan tersebut, namun tentulah menjadi berita buruk buat peniaga-peniaga kecil melayu di sekitarnya. Terutama pasaraya Halida yang telah lama bertapak di bandar Sri Iskandar.

Pada awalnya kami bercadang untuk berhenti minum di Batu Gajah, namun setelah memikirkan jarak perjalanan yang masih panjang ,akhirnya kami membuat keputusan untuk berhenti di R&R Tapah yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.Cuaca baik walaupun sedikit mendung. Lebuh Raya Utara Selatan juga lengang,tidak banyak kenderaan..



Setelah  hampir 1 jam perjalanan kami tiba di Hentian R&R Tapah.Suasana juga agak lengang, berbanding jika diwaktu cuti sekolah mahupun cuti umum yang kebiasannya sesak,hingga sukar untuk mencari tempat meletak kenderaan.Setelah berehat sebentar dan menghilangkan dahaga, kami meneruskan perjalanan..
Anak saya memberi cadangan supaya melalui jalan Batang Kali -Genting Highland lama,Saya juga bercadang untuk melalui jalan tersebut, Memandangkan telah lama tidak mengunakan jalan tanpa tol semenjak bertugas ditempat baru.Jalan ini agak sibuk dan banyak terdapat lampu isyarat terutama dikawasan pekan Serendah.Setelah melepasi kesesakkan di pekan serendah,akhirnya kami tiba ke susur menuju Genting Highland.

Keadaan jalan yang kecil dan berliku-liku menyukarkan pemanduan,setelah hampir 1 jam, baru tiba sempadan Genting Highland.Memandangkan suhu engin
naik kami membuat keputusan untuk berehat sebentar.

Setelah berehat hampir setengah jam,kami meneruskan perjalanan,hingga sampai Lebuh Raya LPT..Yang mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka......







 Alhamdulillah, kami berjaya sampai ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka dengan selamat,bersyukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan segala urusan saya pada hari ini.Dari Bandar Tun Razak ke kampung halaman saya hanya mengambil hanya 15 minit perjalanan sahaja.

Akhirya setelah hampir 4 jam perjalanan kami berdua telah sampai ke kampung halaman.Ia merupakan penempatan pertama peneroka kawasan Jengka dan mempunyai hampir 500 keluarga.Pendapatan utama para peneroka disini adalah melalui hasil ladang iaitu buah kelapa sawit yang dijual ke kilang Felda.Di sini bercampur berbagai etnik dari berbagai negeri namun senentiasa saling bantu-membantu tanpa mengira fahaman politik dan itulah keistimewaan Kampung Anggerik Jengka 1...