Sebagai hamba kepada pencipta yang Agong, maknusia di tuntut untuk melakukan beberapa ibadat sebagai menunjukkan rasa hormat dan taat.Diantara tuntutan tersebut adalah Sholat 5 waktu.. Di Fardhukan kepada semua orang islam yang cukup syarat.Rupanya selain di fardhukan,ada berapa gerakan dalam sholat yang memberi banyak manfaat tanpa di sedari.Salah satu daripada gerakan yang wajib dalam sholat adalah " SUJUD "..setelah membelek beberapa blog, dapat simpulkan beberapa kelebihan sujud dari kajian sains..
-Dapat membantu memperbetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya
-Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh
-melegakan paru-paru daripada kelesuan dan ketegangan
-Menggerakkan otot bahu,dada,leher,perut serta punggung pada waktu hendak dan bangun daripada sujud.Pergerakkan otot ini akan menjadikan otot tersebut lebih kuat dan elastik secara semula jadi.
-Pergerakkan otot di bahagian tersebut juga akan memudahkan wanita bersalin kerana organ peranakkan akan mudah kembali ke tempat asal.
-Organ terpenting iaitu otak juga akan mendapat bekalan oksigen yang banyak kerana ketika sujud darah akan di salurkan ke otak dengan kekuatan yang lebih.
-Kesan sujud yang lama juga akan menambah kekuatan aliran darah ke otak yang dapat mengelakkan pening kepala dan migrain
-Melegakan sakit hernia
-Dapat mengurangkan kesakitan bagi pesakit ependiks atau limpa.Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh
-Melegakan bahagian pelvis
-Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta menghindar penyakit salur darah