Isnin, 12 Disember 2011

SANTAU PEMBUNUH DALAM SENYAP.......


Dalam dunia yang serba moden ini perkara mistik masih lagi menebal dalam budaya orang melayu.Perkara ini telah di warisi turun temurun sejak nenek moyang lagi,kepercayaan terhadap bomoh,dukun dan pawang di pegang teguh hingga kini.Begitu juga dengan santau.

Santau telah lama menjadi senjata untuk membalas dendam di kalangan orang-orang melayu, ia di gunakan untuk membunuh dan merosakkan musuh secara senyap. Santau amat sukar untuk di jelaskan kerana ia terlalu misteri untuk dirungkaikan.Santau adalah sejenis racun yang diberi kepada mangsanya melalui makanan/ minuman dan ada juga kaedah yang mengunakan pemujaan syaitan atau jin, santau dihantar melalui angin.Mangsa santau akan di binasakan secara perlahan -lahan hingga boleh membawa maut.Ada beberapa bahan utama dalam pembuatan santau umpamanya.....

1. Bahan bisa.
Bahan ini biasanya di dapati dari haiwan bisa seperti lipan,ular, kala jengking dan dari  pokok yang beracun seperti getah ipoh,buah kacang hantu,akar-akar kayu yang beracun dan sebagainya..

2. Bahan miang/gatal...
Bahan-bahan ini biasanya di dapati dari miang buluh, tebu, ulat bulu yang masih hidup dan tali guni.Mangsa yang terkena santau jenis ini akan merasa gatal-gatal di tekak dan badan akan terasa bisa.

3. Bahan pedih....
Bahan ini membuatkan mangsa terasa pedih apabila terkena santau.Bahan tersebut adalah kaca,mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku maknusia atau binatang, kelongsong telur, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti lipan ,lipas dan sebagainya.
Ada kes mangsa disantau dengan mengunakan bangkai tikus dan juga tuala wanita yang telah digunakan.

TANDA TANDA TERKENA SANTAU...
Tanda-tanda awal seseorang terkena santau adalah seperti gatal tekak disertai batuk.Batuk adalah tanda yang paling lumrah bagi yang terkena santau ia bukan batuk yang biasa.Ia lebih kepada batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak,pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.Mangsa juga akan demam,tidak boleh tidur malam, rasa gelisah dan tidak berupaya berfikir seperti biasa,kadangkala mangsa akan muntah darah.

Tanda-tanda lain adalah seperti...lenguh dibahagian lutut dan pinggang,tidak selesa dan sering sakit kepala,kurang selera makan,kurang daya ingatan,berubah sikap jadi pemarah dan panas baran, sakit dibahagian tengkuk.
Racun santau akan bergerak sedikit demi sedikit mengikut pergerakkan darah dan berhenti di sendi-sendi dan bergerak ke hujung jari kaki dan tangan.Sekiranya kuku seseorang itu bewarna hitam kebiru-biruan,ini menandakan mangsa telah sampai ke tahap yang teruk.Sekiranya tidak di rawat boleh menyebabkan mangsa santau maut.

Santau walaupun amalan ini salah di sisi agama,namun telah menjadi pilihan untuk memusnahkan insan lain.Ia juga boleh mengakibatkan perniagaan seseorang mengalami kerugian ,terutama pengusaha kedai makan.Tiada yang berani untuk makan di tempat tertentu atau negeri yang terkenal dengan santau.

Sabtu, 3 Disember 2011

TRAGEDI BIR MA'UNAH.......

Dalam tragedi Bir Ma'unah seramai 70 sahabat telah dibunuh.Kesemua mereka adalah para hafiz Qur'an.Jemaah mereka di kenali sebagai Jemaah Qura' dan kebanyakkan di antara mereka adalah orang-orang Ansar.Rasullullah amat menyukai mereka kerana selalu berzikir dan membacaan Qur'an pada waktu malam dan sering mengunjungi baginda pula pada waktu siang.

Seorang yang bernama Amir bin Malik yang di kenali sebagai Abu Bara daripada puak bani 'Aamir satu puak dari Najd telah datang menemui Rasullullah saw,tujuannya ialah ingin meminta izin baginda untuk membawa jemaah ini ke tempatnya dengan tujuan tabligh dan ta'alim.Rasullullah bimbang tentang keselamatan jemaah tersebut.Namun Amir bin Malik telah memberi jaminan keselamatan kepada jemaah terbabit.

Jemaah ini telah berkhemah di Maunah.Orang yang membawa jemaah ini adalah Amir bin Tufall,merupakan anak saudara kepada Amir bin Malik yang sangat memusuhi orang islam.Beliau telah membunuh utusan Rasullullah yang bernama  Haram r.anhu,dengan menusuk lembing hingga menembusi badan.Tidak berpuas hati,Amir bin Taufall telah mengumpulkan puaknya lalu menyerang para jemaah yang sedang berkhemah di Ma'unah.Para puaknya keliru kerana Amir bin malik telah memberi jaminan keselamatan para jemaah terbabit,lalu Amir bin Taufall  telah mengumpulkan puak-puaknya yang paling rapat dan telah melancarkan serangan.

Semua jemaah Qura' telah di bunuh dalam serangan tersebut,Munzir bersama Umar r.anhu yang tiba di tempat tersebut telah terlambat,pada mulanya mereka ingin kembali ke Madinah untuk memaklumkan kepada Rasullullah saw,namun akhirnya telah membuat keputusan untuk menyerang para pembunuh tersebut. Mereka juga telah tewas Munzir telah gugur syahid manakala Umar telah tertangkap.
Jabbar yang telah membunuh Amir bin Fuhaira berkata." Sewaktu aku melembing badan Amir hingga tembus tiba tiba Amir berkata ia telah berjaya..dan badan Amir telah terangkat ke udara,selepas itu aku tertanya-tanya apa maksudnya..".Beliau telah dimaklumkan bahawa Amir menyatakan bahawa dia telah berjaya memasukki syurga...Jabbar bin Salmah akhirnya telah memeluk islam...Kebimbangan rasullullah tentang keselamatan jemaah Qura' yang menjadi kesayangan baginda berasas kerana baginda dapat merasakan niat jahat Amir bin Taufall.Akhirnya semua jemaah terbabit telah dibunuh.

Selasa, 22 November 2011

PENJARA PALING KEJAM DI DUNIA......

Pernahkah anda mendengar tentang penjara yang paling kejam di dunia.Ia dianggap paling kejam bukan hanya kerana keganasan penghuninya tetapi keadaan penjara yang memang tidak layak didiami.Antara penjara yang tersenarai adalah:

CARANDIRU  ( BRAZIL)

Penjara ini bukan sahaja mengejutkan rakyat brazil tetapi juga dunia sewaktu berlakunya rusuhan besar-besaran paada tahun 1992.Tragedi pembunuhan yang melibatkan polis tempatan telah menerima kecaman banyak pihak.Ratusan banduan yang menjadi mangsa telah di bunuh dengan kejam.Ada sumber mengatakan seramai 103 banduan telah dibunuh dan ada pula yang mengatakan berjumlah 111 orang.Tragedi Carandiru bermula dengan pergaduhan antara banduan dengan paegawai penjara,walaupun para banduan telah menyerah kalah dan menyerahkan senjata,namun pihak polis telah bertindak kejam dengan menembak semua banduan tersebut.Tindakan pihak polis ini telah mendapat bantahan semua pihak dan menuntut penjara ini ditutup.


BANG KWANG ( THAILAND)
Dikenali sebagai " Bangkok Hilton".penjara ini memang sudah tidak layak untuk dihuni,selain penuh sesak,ia juga kekurangan pegawai penjara.Para banduan akan dirantai dan diseksa.Ada sumber menyebut terdapat  banduan yang ditahan dalam penjara tersebut menjadi gila akibat tekanan..Ketua penjara, Khun Nattee sendiri mengakui penjara tersebut paling kejam di seluruh Thailand.


ADX FLORENCE SUPERMAX ( COLORADO)
Penjara ini di bina ekoran sebagai tindakbalas akibat serangan keatas para pegawai dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika.Di penjara ini tahap pengawasan adalah terlalu ketat untuk mencegah rusuhan oleh para banduan.Justeru itu para banduan disini diseksa dan didera setiap masa.Selain itu para banduan juga mengalami penderaan psikologi apabila dikurung dalam lokap selam 23 jam dan tidak dibenarkan kemana mana.Selama 13 tahun beroperasi 2 banduan di lapurkan terbunuh,salah satu adalah Lawrence Klaker.Ada yang mengatakan dia mati ditembak,ada juga yang mengatakan banduan tersebut bunuh diri.

ACCATRAZ ISLAND ( SAN FRANCISCO, CA)
Penjara ini dikenali sebagai " The Rock", atau "Devil Island".Di bina pada 1920 ,segala yang tidak menyenangkan terdapat di sini.Alcatraz memang di bina pada sebuah pulau untuk menghalang banduan melepaskan diri.Banduan yang di tahan di sini akan terputus hubungan dengan dunia luar.Ramai banduan yang mengalami ganguan mental kerana tidak di benarkan berhubung antara mereka.Di tutup pada 1963 namun warisan kegelapan terus hidup dan menjadi lagenda.

SAN QUENTIN (CALIFORNIA)
Penjara ini di bina pada tahun 1930.Pengurusan penjara dipenuhi rasuah hingga muncul pegawai baru bernama Clinton Truman Duffy.Beliau mengangap penjara itu terlalu teruk.Sebelum ini banduan mengalami penyeksaan yang serius.Kepala mereka akan di botakkan dan di paksa memakai pakaian seragam yang bertanda nombor.banduan juga di paksa tidur dalam bilik yang sempit tanpa lampu.

DIYARBAKR ( TURKI )
Penjara ini adalah yang paling kejam di Turki,di mana segala keganasan dan kekejaman menjadi  perkara biasa,.dari tahun 1981 hingga 1984, 34 orang  banduan telah mati akibat penyeksaan yang keterlaluan.Para banduan sebenarnya telah melakukan bantahan terhadap pengurusan penjara,mereka melakukan mogok lapar,bahkan membakar diri sendiri sebagai protes,namun tidak berhasil.Kemudahan di penjara ini jauh dari standart.Di penjara ini pernah berlaku di mana seorang kanak-kanak bawah umur di tahan di sini dan mendapat hukuman penjara seumur hidup.

LA SABANETA ( VENEZUELA)
Venezuela juga mempunyai penjara yang tidak kurang kejamnya iaitu la sabaneta.Di sini kekejaman menjadi santapan hari-hari.Kemudahan yang ada terlalu sedikit menyebabkan wabak penyakit cepat merebak.Pernah berlaku di mana 700 banduan mati akibat kolera.Selain itu hampir 100 banduan mati akibat penderaan yang di lakukan oleh pegawai penjara serta pergaduhan antara sesama  banduan.

LA SANTE ( PARIS, PERANCIS )
Bagai penjara maut lainnya,di la Sante juga nyawa maknusia tidak berharga.Perbuatan kejam dan keganasan bermaharajalela.Ramai banduan menjadi gila dan mengalami tekanan jiwa.Kes perkosaan sesama banduan juga mencatat jumlah yang tinggi.Akibatnya ramai banduan yang tidak tahan telah membunuh diri.Sepanjang tahun 2002 seramai 122 banduan telah membunuh diri dan pada tahun 2003 seramai 73 banduan yang menjadi korban.


RIKER ISLAND ( RIKER ISLAND, NEW YORK )
Penyeksaan kejam menjadikan penjara ini terkenal di Amerika.Pada tahun 2007 banduan bernama Charles Afflic mengalami penyeksaan yang keterlaluan dari pegawai penjara sehingga terpaksa menjalani pembedahan otak.Seramai 6 orang banduan telah membunuh diri di dalam lokap akibat tidak tahan dengan tekanan di dalam penjara.

TADMOR..
Jumlah kematian di dalam penjara ini memang tidak terkira banyaknya.Kekejaman yang terdapat di tadmor amat mengerikan.Seorang bekas banduan mengambarkan penjara ini sebagai sebuah kerajaan maut yang menakutkan.Tadmor di tadbir oleh seorang yang haus darah.Pada tahun 1980,berlaku satu percubaan membunuh Presiden di Damaskus.Mereka yang terlibat dalam percubaan itu telah di penjarakan di penjara Tadmor.Askar kerajaan telah menyerang penjara ini mengunakan kapal terbang dan telah membunuh dengan kejam 500 para banduan di lokap mereka.

Isnin, 21 November 2011

PENARIK BECA BERHIAS DI MELAKA....




Jika di tempat lain beca biasanya kelihatan usang dan uzur,Tetapi tidak di Melaka Bandaraya Bersejarah.Di sini beca telah di beri nafas baru,di hias agar kelihatan cantik,serta menjadi daya tarikan di dataran pahlawan.Daya kreativiti tuan beca berhias telah menjadikan ia bukan sahaja pengangkutan yang popular di sini malah dapat  menjana pendapatan sampingan buat penduduk sekitar.Berbagai- bagai jenis hiasan yang dilakukan ke atas beca- beca ini,namun kebanyakkan tuan beca  menggunakan bunga- bunga plastik sebagai hiasan utama.

Ada di antara pengusaha beca berhias yang menjadikan perhidmatan ini sebagai sumber pendapatan utama,ada juga yang menjadikannya sebagai pendapatan sampingan.Jumlah pendapatan juga bergantung pada musim-musim tertentu,seperti musim cuti sekolah dan cuti umum.kadar yang dikenakan juga amat berpatutan
iaitu RM 15.00 untuk perjalanan dari Dataran Pahlawan ke Banggunan Merah yang mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit perjalanan.Bagi yang ingin menyewa beca untuk perjalanan yang lebih jauh iaitu untuk perjalanan 1 jam mengelilingi Bandar Melaka Bersejarah pula caj yang di kenakan adalah RM 40.00 sahaja.

Penarik beca berhias amat mesra dan ramah.Mereka juga menjadi pemandu pelancong kepada para pelawat yang ingin tahu tentang sejarah yang berlaku disitu.tidak hairanlah jika ramai pelancong asing dan tempatan yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan beca berhias yang banyak terdapat di dataran pahlawan.

Perkhidmatan seperti ini patut dicontohi oleh negeri lain yang mempunyai tempat bersejarah,kerana ia bukan sahaja mampu menceriakan tempat tersebut malah akan menjadi sumber pendapatan bagi masyarakat setempat.Pandangan terhadap penarik beca juga akan berubah.

Bandaraya Melaka telah mendahului negeri lain dalam perkara ini.Ia bukan sahaja telah berjaya mengubah cara hidup para penarik beca,malah mengubah pandangan masyarakat umum terhadap mereka.

Penarik beca tidak lagi digambarkan dengan berpakaian kotor dan selekeh,tidur di lorong-lorong, kerana purata pendapatn para penarik beca berhias di sini adalah sekitar RM 80.00-200.00 sehari mengikut musim tertentu.tidak hanya bergantung kepada sumber pendapatan yang terhad dan tidak mampu untuk menyara kos sara hidup yang semakin meningkat.

Sabtu, 19 November 2011

KETAKUTAN UMAR KEPADA ALLAH......

Umar r.a selalu memegang jerami seraya berkata" Alangkah baiknya menjadi seperti jerami ini". Pada ketika yang lain ia berkata" Alangkah baiknya jika ibuku tidak melahirkan aku".

Pada satu ketika, beliau sedang sibuk dengan suatu pekerjaan yang penting.Pada ketika itu datang seorang membawa pengaduan mengenai suatu hal yang kecil agar beliau dapat menyelesaikannya.Umar memukul bahu orang itu  seraya berkata" Apabila aku duduk untuk menerima perkara tersebut,kamu tidak datang menemuiku,tetapi apabila aku sibuk dengan lain -lain hal yang penting kamu mencelahiku dengan perkara remeh temeh". orang itu pun pergi dari situ.Tetapi Umar r.a memanggilnya kembali dan memberinya cemeti lalu berkata" pukullah aku dengan cemeti ini agar kesalahanku berbalas".Orang itu berkata " Aku maafkan kamu kerana Allah".Umar pulang ke rumahnya lalu bersolat dua rokaat taubat dan mencela dirinya sendiri " wahai Umar kamu dahulu hina maka Allah telah mengangkat darjatmu,kamu sesat tapi Allah telah memberi hidayah kepadamu,kamu dahulu amat mengaibkan kini Allah memulikan serta mengurniakan kekuasaan terhadap orang lain..
Pada suatu hari Umar membuat rondaan biasanya ke Harrah bersama hambanya Aslam,nun jauh kelihatan cahaya api.Beliau pun berkata "Mungkin ada kafilah yang tidak dapat memasukki bandar,marilah kita menguruskan keselamatan yang perlu untuk mereka .. Apabila tiba dikhemah tersebut,didapati seorang wanita dan beberapa orang kanak2 sedang menangis,Umar pun memberi salam dan menghampiri perempuan tersebut..Umar pun bertanya," mengapakah kanak kanak itu menangis?".Wanita itu tidak mengenali Umar menjawab,"Mereka lapar". "Apakah yang ada di dalam periuk?" tanya umar lagi."Hanyalah air dijerang untuk mendiamkan kanak-kanak itu dengan menyangka makanan sedang di masak.Ahh! Allah akan mengadili Umar dan aku pada hari akhirat kelak kerana membiarkan aku dalam kesusahan" kata wanita tersebut.

Umar menangis mendengar kata-kata wanita itu" Semuga Allah merahmatimu, bagaimana Umar dapat membantu" tanya Umar, wanita itu menjawab"Apabila dia menjadi Amir kami,dia perlu tahu mengenai kami".
Umar pun terus ke bandar dan terus ke Baitul Mal,beliau mengisi ke dalam karung dengan tepung,kurma,lemakdan pakaian serta wang dinnar.Kemudian beliau menyuruh Aslam meletakkan karung tersebut dibelakangnya..Aslam enggan dan meminta untuk memikul karung itu,Umar enggan mendengar kata Aslam seraya berkata" Apakah kamu mahu memikul bebanan dosaku pada hari akhirat".Dengan berat hati Aslam meletakkan karung itu ke belakang Umar.

Umar telah memasukkan sedikit tepung,kurma dan lemak ke dalam periuk,menghidupkan api lalu memasaknya.Seketika kemudian makanan itu pun masak.Beliau sendiri melayani keluarga tersebut.setelah kenyang ia menyimpan baki untuk kegunaan keluarga itu semula.Kanak-kanak tersebut sangat gembira setelah memperoleh makanan dan mereka bermain dengan riangnya.Wanita itu sangat gembira dan berkata"Semuga Allah memberi ganjaran kepadamu disebabkan kebaikkanmu.selayaknya kamu mengambil tempat Umar sebagai Khalifah.Umar duduk seketika di suatu penjuru yang berdekatan sambil memerhati kanak-kanak tersebut..Beliau ingin melihat telatah kanak kanak yang sedang bergembira.

SUSUK UNTUK RAJIN BERIBADAT....


Susuk kebiasaanya di gunakan uantuk mendapatkan kelebihan tertentu,sepert ingin kelihatan cantik,tidak dimamah usia atau awet muda,kebal dan sebagainya.Berbagai jenis logam atau bahan yang boleh digunakan bergantung kepada niat si penguna.Namun pemakai susuk perlu mematuhi beberapa pantang agar kuasa susuk tidak hilang seperti,tidak boleh memakan beberapa jenis pisang umpamanya,pisang abu,pisang tanduk.Juga beberapa syarat lagi seperti,tidak boleh memakan labu air,daun kelor,sate dan melintas dibawah tali ampaian kain.

Namun kini ada satu jenis susuk yang digunakan oleh beberapa individu dengan tujuan untuk rajin mengerjakan ibadat.Terutama ibadat solat.susuk jenis ini yang mengunakan serbuk campuran tertentu yang dimasukkan melalui tapak kaki,bahagian belakang dan telapak tangan dengan bacaan mentera yang tertentu.Selepas memasukkan serbuk tersebut pemakai akan merasa kelainan pada tubuh dan terasa ingin megerjakan ibadat.Seolah-olah ada suara ghaib yang menyuruhnya berbuat begitu.Antara syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh pemakai susuk ini adalah tidak boleh pergi ke tanah perkuburan dan sekiranya engkar pemakai akan mendapat sakit misteri.Apabila  azan, tubuh pemakai akan berasa panas dan akan bersemangat untuk menunaikan solat.

Walauapapun alasan yang diberikan memakai susuk adalah haram dan bertentangan dengan hukum syarak.walaupun niat memakai susuk adalah untuk rajin beribadat.Tanpa sedar pemakai susuk telah berdamping dengan jin.Syaitan dan jin mempunyai berbagai cara untuk menyesatkan umat islam daripada mendekati Allah.

Jumaat, 18 November 2011

SYAHIDNYA ANAS BIN NADHR.......

Anas bin Nadhr Radhiallahu anhu adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw yang tidak dapat turut serta dalam peperangan Badar.Beliau sangat sedih dan kecewa kerana telah terlepas peluang untuk mendapatkan penghormatan menyertai peperangan yang pertama dan penuh bermakna untuk mempertahankan Islam.

Namun beliau tidak perlu menunggu lama,peperangan Uhud muncul setahun kemudian.Beliau menyertai tentera mujahid dengan semangat jihad yang begitu kuat dan tinggi.Walaupun menghadapi tentera musuh yang berlipat kali ganda,tentera -tentera islam berjaya pada permulaanya sehinggalah  beberapa orang telah melakukan kesilapan dan kecuaian yang akibatnya tentera islam menerima pukulan yang teruk.Rasullullah telah mengarahkan satu kumpulan seramai 50 orang pemanah untuk mengawal satu genting di bahagian belakang daripada serangan pihak musuh.Mereka telah diarahkan supaya tidak meninggalkan posisi tersebut sehingga mendapat arahan yang selanjutnya daripada baginda.

Tetapi apabila mereka melihat orang-orang islam mula berjaya dan tentera musuh mula berundur dan lari lintang pukang,mereka telah meninggalkan posisi kerana percaya perang telah tamat dan turut terpikat untuk mengambil hasil rampasan perang yang ditinggalkan.Amir bagi kumpulan tersebut telah bersunguh-sunguh melarang dan cuba untuk menghalang mereka sambil menyampaikan pesanan Rasullullah saw dan memujuk mereka agar terus bertahan di posisi masing-masing,namun hanya 10 orang sahaja yang taat.Peluang ini telah diambil kesempatan oleh tentera berkuda musuh yang telah menyerang dari bahagian belakang yang kosong lalu menerjah masuk ke dalam barisan belakang,lalu menyerang tentera islam yang sedang berebut-rebut harta rampasan perang.

Dalam keadaan inilah Anas r.a melihat Sa'ad bin mu'az  r.a lalu dihadapannya.Beliau menjeri ke arahnya " Wahai Sa'ad!..Ke manakah kamu? Demi Allah aku telah terhidu wangian Syurga daripada Gunung Uhud".
Sambil berkata demikian beliau telah menyerbu ke arah tentera musuh yang begitu ramai sambil berjuang bermati-matian sehinggalah gugur Syahid.

Apabila telah selesai perang,didapati tubuh Anas r.a  telah di siat-siat dan hancur berkecai sehingga tidak ada siapa pun yang dapat mengenalinya lagi, melainkan saudara perempuannya melalui hujung jari.Tidak kurang dari 80 kesan tetakkan pedang dan panah yang dapat di kira dibadan Anan r.a.

Mereka yang berjuang di jalan Allah dengan penuh keikhlasan dan kebaktian akan dapat mengecapi nikmat syurga walaupun masih di dunia..Begitulah yang di alami oleh Anas r.a  yang dapat menghidu bau Syurga.Lihatlah betapa para pejuang islam dahulu yang tidak gentar menghadapi pihak musuh walaupun jumlah musuh yang jauh lebih ramai..

Sekiranya semangat perjuangan para sahabat ini di amalkan pada waktu sekarang sudah tentu musuh-musuh islam tidak berani untuk memperlekehkan ugama islam,apatah lagi untuk menghancurkan sebuah negara islam seperti yang berlaku di Iraq.

Ahad, 6 November 2011

KESYAHIDAN MUS'AB BIN 'UMAIR R.ANHU.....

Mus'ab bin 'Umair r. anhu telah membesar dengan penuh belaian cinta dan kasih sayang oleh ibu-bapanya yang serba mewah.Sebelum beliau memeluk islam ,beliau hidup dilingkungi kesenangan dan kemewahan yang melimpah-ruah.Beliaulah seorang pemuda yang paling kemas pakaiannya di kota Mekah.Ibu-bapanya membelikan pakaian yang mahal berharga dua ratus dirham.tanpa pengetahuan ibu-bapanya,beliau telah memeluk agama islam.

Apabila ibu-bapanya mengetahui bahawa beliau telah memeluk agama islam,mereka telah mengikatnya dan memaksanya tinggal dirumah.Apabila peluang terbuka ,beliau telah berjaya melepaskan diri lalu berhirah pula ke Madinah..Dahulu beliau hidup dilimpahi kemewahan dan sekarang hidupnya sederhana dan berpada pada dengan apa yang ada.

Satu ketika Rasullullah saw sedang duduk,melintaslah Mus'ab r.anhu memakai sehelai kain yang bertampung tampung untuk menutupi badannya.Salah satu tampalan itu daripada kulit.Dengan aliran air mata Rasullullah saw menceritakan betapa Mus'ab dahulu hudup dalam kemewahan sebelum memeluk islam.Beliaulah yang memegang panji-panji islam ketika peperangan Uhud.Ketika orang-orang islam pecah berkecamuk akibat kekalahan di Uhud,beliau tetap memegang bendera, terus bertahan di tempatnya tanpa berganjak.Seorang musuh datang dan menyerangnya lalu memutuskan tangannya dengan pedang agar bendera tersebut jatuh dan sempurnalah kekalahan bagi orang islam,segera beliau menyambar bendera tersebut dengan tangannya satu lagi,sekali lagi musuh telah menetak tangannya yang berdarah itu,beliau merapatkan bendera tersebut ke dadanya.Akhirnya musuh telah memanah menembusi badannya,maka gugurlah beliau bersama-sama bendera tersebut yang tetap dipegangnya semasa beliau masih hidup.

Seorang islam lain telah berlari mendapatkan bendera tersebut.Ketika jenazahnya akan dikebumikan cuma sehelai kain sahaja yang melekat di badannya,itupun sangat pendek jika hendak dibandingkan dengan badannya.Apabila ditarik untuk menutupi kakinya,kepala akan terdedah.Lalu baginda pun bersabda: " Tutuplah kepalanya dengan kain dan kakinya dengan daun Azkhar".

Begitulah berakhirnya seorang pemuda yang telah dibesarkan dengan belaian dan harta benda yang serba serbi mewah.Seorang yang berpakian dua ratus dirham,syahid dalam keadaaan tidak mencukupi pakaian untuk menutupi jasadnya.lihat lah betapa gigih beliau mempertahankan panji-panji islam dan tidak membiarkan jatuh sewaktu beliau masih bernyawa...

Khamis, 3 November 2011

APA YANG KITA TIDAK TAHU......

#MINUM AIR BERGAS BOLEH JADI GANAS....
Satu kajian mendapati remaja yang minim lebih 4 tin minuman bergas boleh bertindak agresif terhadap individu lain..seoraang pengkaji dari Universiti Vermont US, Dr Sara Solnick,mendakwa kandungan kafein dan gula yang terdapat dalam air minuman bergas mendorong tindakan agresif remaja.Penemuan ini berdasarkan kajian terhadap 1,878 remaja berumur 14 hingga 18 tahun.


#RABUN JAUH DISEBABKAN KURANG RIADAH..
kanak kanak yang menghabiskan masa beriadah diluar rumah sekurang-kurangnya 3jam sehari mengurangkan risiko menghadapi masaalah rabun jauh sebanyak 2 %.Pengkaji dari U.Cambridge,Dr Justin Sherwin memberitahu,penemuan berdasarkan kajiannya ke atas 10.000 kanak-kanak dan remaja.


#KANSER OTAK TIADA KAITAN DENGAN TELEFON BIMBIT...
kajian selama 18 tahun oleh Institut Epidernologi kanser di Denmark terhadap lebih 350.000 pengguna telefon bimbit di Eropah telah membuktikan perkara tersebut.Menurut ketua pengkaji,Hazel Hun,tiada sebarang perbezaan atau perkembangan sel kanser otak individu semasa mereka menggunakan telefon bimbit.


#SELUAR DALAM RATU VICTORIA DILELONG RM47,018.....
seluar dalam yang pernah dipakai Ratu Viktoria dijual pada harga 9.375 paund atau RM47,019.seluar dalam itu telah dibeli oleh seorang pembeli rahsia dalam satu acara lelong di rumah lama Battersea,London.Ratu Victoria memerintah dari 20 jun 1837 hingga 22 januari 1901.


#ADAKAH IKAN MINUM...
walaupun ikan hidup didalam air,namun ia tetap memerlukan air untuk minum.Ikan yang tinggal dilaut menggunakan air masin sebagai sumber minuman,namun begitu ikan tersebut tidak akan menjadi masin,kerana semasa ikan minum air laut ini ia mampu mengasingkan garam daripada air laut.Ini kerana ikan memiliki sel kumuhan klorida yang dikenali sebagai  " Ioncytes",dalam insangnya.
Ia bertindak mengepam garam daripada badan ikan tersebut.ikan juga akan dahaga jika tidak minum malah boleh menyebabkan ikan tersebut  mati kekeringan.


#HAIWAN DAPAT MERAMAL BENCANA ALAM...
sesetengah haiwan mampu meramal bencana alam yang akan berlaku seperti gempa bumi,taufan,letusan gunung berapi dan banjir.Obor-obor misalnya mampu mengesan kehadiran taufan 10 hingga 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.Orang-orang jepun suka memelihara ikan emas kerana dipercayai dapat mengesan gempa bumi,ia akan melompat keluar dari akuarium beberapa jam sebelum kejadian berlaku.

# YOGURT BOLEH  UBAT STRESS..
Kajian dilakukan Proceeding Of The National Acadamey Of Sciences,meminum susu atau yogurt mampu mengubati depresi.Ujian yang dijalankan keatas tikus menunjukkan yogurt mampu mengurangkan hormon stress ( kortlkosteron ).

# Amalan meminum air daun mangga yang direndam semalaman dalam secawan air sangat membantu meringankan gejala diabetes.

#KERAP HAMIL JEJASKAN TULANG BELAKANG..
Pakar perubatan dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Kedoktoran,Dr Siti Annissa Nuhomi,jarak kehamilan yang rapat akan menganggu penyerapan kalsium dalam badan,ini kerana untuk pembesaran bayi dan penghasilan susu memerlukan banyak kalsium.jarak kehamilan yang rapat akan menganggu penyerapan kalsium akibat kekurangan estrogen,unsur penting untuk penyerapan kalsium dalam badan.Lebih bahaya apabila darah telah kekurangan kalsium dan mula menyerap kalsium dari gigi dan tulang,ini akan menyebabkan terjadinya kerapuhan  tulang dan kekurangan kalsium menyebabkan berlaku Osteoporosis, terutama kepada wanita yang telah monopous.


#AKTIF BERSENAM PINTAR MATEMATIK...
kajian keatas 171 orang kanak-kanak terlebih berat umur antara 7 hingga 11 tahun di AS.setelah melakukan senaman setiap hari terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan dalam matematik.Menurut laman web Pysch Central,selepas imbasan MRI terhadap otak kanak- kanak tersebut,terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal ( kawasan untuk berfikir ).

Selasa, 25 Oktober 2011

MUAMMAR GHADDAFI: KEBAIKKAN YANG DISEMBUNYI.....


Kejatuhan kerajaan Muammar Ghaddafi memang telah diramal oleh banyak pihak,ini ekoran gerakan revolusi yang dilakukan oleh rakyat Libya.Namun mungkin semua gerakan ini sebenarnya telah dirancang oleh pihak barat ,yang selama ini amat tidak senang dengan pemimpin Libya yang lantang mengkritik dasar-dasar barat terhadap  dunia Arab.Berbagai-bagai gelaran telah diberi untuk memburukkan imej pemimpin ini di mata dunia,mereka mengelarnya penaja keganasan,ekoran keenganannya menyerahkan rakyat Libya yang disyaki meletupkan sebuah jet penumpang Pan Am diatas desa Lockerbie Scotland yang membunuh 270 orang penumpang.Ditambah pula maklumat yang  mengatakan bahawa pemimpin ini telah menuntut agar pembayaran minyak mentah di buat mengunakan wang dinar,ini sudah tentu  menambah lagi kemarahan AS.Ianya terbukti apabila pihak NATO telah membedil Komplek Bab al-Aziziyah mencederakan 45 orang dengan 15 parah manakala Ghaddafi terselamat.

Menghasut rakyat libya merusuh, manakala pihak barat pula membekalkan senjata dan sokongan ketenteraan untuk mempastikan Rejim Ghaddafi tumbang adalah pilihan terbaik. kemarahan rakyat yang di bantu kekuatan tentera bersekutu akhirnya telah berjaya menewaskan pemimpin yang telah memerintah Libya selama 42 tahun dan telah diberi gelaran  " King Of Kings".

Disebalik gambaran buruk yang telah diberikan kepada beliau,sebenarnya banyak yang telah pemimpin ini lakukan untuk kesenangan rakyatnya dan tidak terdapat pada negara lain ....

#  tiada bil eletrik, percuma kepada semua rakyat.

# Tiada faedah atas pinjamam bank,bank-bank adalah milik kerajaan.

# Beliau berikrar bahawa ibu-bapa beliau tidak akan mendapat rumah hinggalah
semua rakyat telah mendapat rumah.Bapa Ghaddafi telah meninggal ketika beliau,isteri dan ibu masih tinggal dalam khemah.

# Semua pasangan pengantin baru akan mendapat 6000 dinar.

# pendidikan dan perubatan adalah percuma,celik huruf sebelum Ghaddafi adalah 10% era Ghaddafi  90 %.

#Jika rakyat Libya ingin memulakan bidang pertanian, mereka akan   mendapat sebidang,sebuah  rumah   pertanian,benih dan ternakan secara percuma.

#Andai ada rakyat Libya tidak dapat mencari pendidikan / perubatan yang ada dalam negara,kerajaan akan memberi dana kepada mereka untuk ke luar negara,bukan sahaja percuma malah akan diberi AS 2.300 sebulan,penginapan dan elaun kereta.

# Kerajaan akan memberi potongan 50% untuk membeli kereta.

# Harga petrol adalah $0.14 seliter.

# Libya tidak memilikki hutang luar negara dan rizabnya $ 150 bilion..kini telah dibekukan.

# Rakyat libya yang tamat ijazah,namun tidak dapat pekerjaan akan dibayar gaji seolah-olah diambil berkerja hingga mendapat pekerjaan.

# Sebahagian hasil jualan minyak dikreditkan terus ke akaun semua warga libya.

#  25% rakyat libya mempunyai ijazah universiti.

# Ghaddafi telah membangunkan projek pengairan yang terbesar di dunia hingga mendapat gelaran" the great Man-made" untuk menyediakan  air ke seluruh padang pasir di negara itu.

# harga 40 buku roti di libya hanyalah $0.15.

Apakah seorang diktator yang zalim akan membuat begitu banyak kebaikkan untuk kesenangan rakyatnya, sedangkan di sesetengah tempat, barang-barang keperluan asas dan harga makanan mahal.Pendidikan dan perubatan terpaksa dibayar,pinjaman dikenakan kadar faedah yang tinggi.Mungkin antara kesilapan Ghaddafi adalah membiarkan perniagaan kerajaan dimonopoli oleh ahli keluarganya hingga menumbulkan rasa tidak puas hati kebanyakkan rakyat dan akhirnya memberontak.Namun tidak wajar bagi beliau diperlakukan seperti haiwan disaat akhir hidupnya.
Dengan melupakan segala jasanya kepada semua warga Libya.


                                                               

Rabu, 19 Oktober 2011

LAUT JUGA MEMULIAKAN AL-QUR'AN..........

LUMUT: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.
Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.
Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.
Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.
Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.

“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu.

Isnin, 17 Oktober 2011

INFO MENARIK.......

. Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam 

.. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.

.. Nama mobil Nissan berasal dari bahasa Jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

....Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.
.
... Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.
 

  .98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

...Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.

 . .Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.
  

.. Titik diatas huruf i disebut ‘title’.

 ..Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi hampas segarnya akan bergerak naik turun dalam gelas.

. ..Benjamin Franklin anak bongsu dari orangtua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.
 

...Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.
 

....Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.
 

...Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari.
  

...Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.
 

...Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.
 

  ..Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).
 

  .Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan merasa haus.
   

..Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.
  

..Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
 

..Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.
  

..Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.
  

.Lambang/ikon ’save’ pada program Microsoft Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.
 

..Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal   dan Emma Wedgewood).
  

   ...Unta mempunyai 3 kelopak mata.
 

  ..Jangkahayat sehelai rambut di kepala kita adalah 2 hingga 6 tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.
  

..Seseorang masih dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal kepalanya.
  

..Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.

..Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.
  
..Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.
  

..Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.
 

  ..13% orang di dunia adalah kidal.
 

  ..Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.
 

  ..Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.
   

..Kita sebenarnya melihat dengan otak. Peranan mata hanyalah seperti kamera yang menghantar maklumat/data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.
   

..Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.
 

..Tahun 1830-an, sos tomato biasa dijual sebagai ubat.
  .

.India mempunyai undang-undang hak untuk lembu.
  

..Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami   pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.
  ..

Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.
  .

.Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.
  ..Kanak-kanak mempunyai 20 gigi susu. Orang dewasa pula mempunyai 32 gigi kekal.
 

..Disebabkan rangkanya diperbuat daripada logam, maka piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke-2 diperbuat daripada kayu.
 

..Setiap kitaran 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini dinamakan sebagai “Solarmax”.
  

..Terdapat 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.
  

..Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi.

Ahad, 16 Oktober 2011

PENEROKA RAYU PERCEPAT TANAM SEMULA....

Seramai 235 peneroka dari Felda Bukit Tangga di  Kubang Pasu  Kedah,telah merayu agar proses menanam semula getah ditempat mereka disegerakan.Sehingga kini setiap peneroka telah mendapat wang pendahuluan sebanyak RM 1.200 dalam bentuk hutang.Mereka bimbang sekiranya proses menanam semula lambat dijalankan hutang  tersebut akan bertambah.Ini sudah pasti akan membebankan buat mereka.

Proses menanam semula telah dijalankan pada akhir 2009 dan masih belum selesai hingga kini.Terdapat hampir 370 peneroka difelda tersebut dengan keluasan ladang 1.480 hektar.

Menurut pihak pengurusan di felda terbabit,punca kelewatan adalah kerana masaalah cuaca dan juga masaalah
penjualan kayu getah yang tidak mendapat persetujuan dari semua peneroka yang terlibat.Sebanyak 70.000 daripada 600.000 pokok getah telah ditanam dan dijangka siap tidak beberapa lama lagi.....

PENEROKA KERTEH 2 & 3 SAMAN FELDA.....

Seramai 77 peneroka dari tanah Rancangan Kerteh 2 & 3 telah mengemukakan saman kepada felda untuk menuntut wang tanam semula.Saman itu dibuat di mahkamah Kuala Terengganu pada 13 Oktober yang lalu.
Peguam Mohd Kamarulzaman Abdul Wahab dari Tetuan Aziz & Co telah mewakili para peneroka terbabit.
Turut hadir dihari tersebut adalah Pengerusi Anak,Mazlan Aliman

Menurut peneroka Kerteh 3,Pihak felda telah gagal memulangkan kembali wang caruman tanam semula sebanyak RM 17.000 yang dipotong sejak 20 tahun yang lalu.Ini kerana para peneroka yang terlibat telah mengusahakan proses menanam semula sendiri tanpa melibatkan pihak felda.Menurut beliau lagi, potongan itu telah dilakukan mulai 1970 pada kadar RM 3.34 sehektar dan pada 1985 kadar potongan telah dinaikkan kepada RM 4.00 sehektar hingga sekarang.

Seorang peneroka Kerteh 2 pula menyatakan peneroka dipotong caruman tabung menanam semula sebanyak RM 40.00 seorang selama 25 tahun..Membawa kes ini ke mahkamah bukanlah pilihan mereka ,namun setelah semua usaha untuk mencari kata sepakat gagal,memaksa untuk mencari penyelesaian dimahkamah.

Sehingga kini terdapat hampir 2000 peneroka felda diseluruh negara yang telah memfailkan saman keatas felda kerana isu  KPG  yang melibatkan jumlah sebanyak RM 1.5 billion..menurut kenyataan dari pengerusi Anak, Encik Mazlan Aliman.









Isnin, 10 Oktober 2011

102,560 Peneroka telah melangsaikan hutang...

Seramai 102.560 peneroka telah melangsaikan hutang bayaran kembali yang kesemuanya berjumlah RM 3,105 juta kepada pihak felda.Bagaimanapun, seramai 10,075 peneroka belum menyelesaikan hutang yang kesemuanya berjumlah RM 92.863 juta, daripada jumlah itu Rm 28.58 juta masih dalam tempoh bayaran kembali yang dijangka akan berakhir pada 2017,manakala RM 64.28 juta dalam bentuk tunggakkan ketika menjawab soalan dari Datuk Kamarul Bahari ( PKR)....

Datuk kamarul bertanya tentang butiran peneroka yang masih berhutang dengan pihak felda serta jumlah simpanan peneroka dalam tabung caruman tanam semula sehingga kini...

Dato Ahmad mazlan juga menyatakan bahawa sehingga 1 Oktober 2011 jumlah pinjaman bagi 112,635 peneroka adalah RM 3,220 juta.Ia merupakan kos pembangunan yang telah didahulukan oleh pihak felda untuk pembersihan hutan,pembanggunan ladang,pembinaan rumah dan pinjaman persendirian..

Sabtu, 8 Oktober 2011

Aktiviti ekonomi gen 2 kg Anggerik.........


Ramai generasi ke 2 kampung ini yang telah berhijrah dan mencuba nasib di bandar besar seperti Kuala lumpur, Shah Alam dan Johor baharu.Namun masih ramai lagi yang telah memilih untuk terus menetap di kampung dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.Ada dikalangan mereka yang telah berjaya dan mampu berbangga dengan kejayaan tersebut.Ramai anak2 kampung yang menjadi peniaga di pasar-pasar malam, membuka kedai runcit,bengkel membaiki kenderaan dan kedai makan.Ramai juga yang telah mengambilalih pengurusan ladang kelapa sawit setelah kedua ibubapa meninggal dunia.Hampir semua usahawan tersebut telah berjaya dalam bidang masing-masing dan lebih mewah jika hendak dibandingkan dengan anak-anak kampung yang merantau dibandar-bandar.



Berkat dari kesabaran dan berusaha dengan gigih, ada dikalangan mereka yang telah berjaya membeli ladang kelapa sawit yang dijual oleh waris peneroka kerana tidak mahu menetap ditanah rancangan setelah ketiadaan ibu-bapa. Kebanyakkan dikalangan anak perantau ini sudah berkeluarga serta telah memilih untuk menetap dibandar.

Tidak kurang juga ada dikalangan anak kampung yang mengambil upah mengangkut buah kelapa sawit dari ladang ke kilang felda dengan kadar upah yang berpatutan.Malah ada yang telah membuka kedai menjual alat-alat binaan dan berbagai-bagai jenis perniagaan lain.
 


 Terdapat juga dikalangan pemuda dari gen 2 yang mencuba dalam penanaman pokok karas atau gaharu secara kecil-kecilan hingga ada yang telah menanam berjumlah beratus pokok.Bidang ini baharu sahaja dimulakan, sedangkan pokok karas mengambil masa hingga 7 tahun untuk mengeluarkan hasil.Namun memandangkan harga teras kayu yang mahal serta mendapat permintaan yang tinggi,ianya telah banyak menarik minat pemuda dikampung untuk mengusahakan tanaman ini ditanah kosong yang terdapat dibelakang rumah.



Bagi yang lebih berani dan sangup meredah hutan pula akan cuba mencari pokok karas liar.Perbuatan ini memang salah disisi undang-undang dan akan menerima hukuman sekiranya tertangkap kerana menceroboh hutan simpan,lagipun bukan senang untuk menemui pokok karas atau gaharu liar,tambahan pula pokok tersebut tidak banyak jumlahnya.

menjalankan proses inokulasi ke atas pokok karas.


Banyak lagi kemudahan lain yang terdapat di kampung ini untuk kemudahan generasi ke 2, namun kebanyakkannya tidak diselenggara dengan baik hingga menyebabkan kemudahan yang disediakan oleh pihak Felda kelihatan usang dan tidak terjaga.Sepatutnya semua kemudahan ini diselengara dengan baik oleh pihak yang berwajib agar ianya dapat digunakan untuk jangkamasa yang lama.



 Amatlah diharapkan agar pada pemilihan Ketua Belia yang akan datang,para generasi ke 2 yang berada di kampung akan memilih calon yang benar-benar berwibawa untuk meneraju persatuan.Apakah persatuan Belia sekarang begitu ketandusan program hingga menyebabkan segala kemudahan ini terbiar.Kemudahan ini sepatutnyalah dipelihara dengan baik agar ia tidak menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada kerosakkan pemandangan kampung...

 




Khamis, 6 Oktober 2011

PULANG DARI PERAK.......

Petang 6 hb oktober 2011 hari Rabu,Setelah mengambil anak di UiTM Sri Iskandar Perak,Kami bergerak pulang ke Pahang lebih kurang jam 10.30 pagi.Kampus UiTM Sri Iskandar telah banyak mengalami perubahan yang ketara berbeza sewaktu saya pergi tidak beberapa lama dahulu.Bandar Sri Iskandar juga telah banyak berubah,Terdapat satu projek besar yang sedang dalam bembinaan dan jika mengikut papan kenyataan, projek yang sedang dijalankan itu adalah untuk membina pasaraya besar Tesco. Ini merupakan berita gembira buat pengguna dikawasan tersebut, namun tentulah menjadi berita buruk buat peniaga-peniaga kecil melayu di sekitarnya. Terutama pasaraya Halida yang telah lama bertapak di bandar Sri Iskandar.

Pada awalnya kami bercadang untuk berhenti minum di Batu Gajah, namun setelah memikirkan jarak perjalanan yang masih panjang ,akhirnya kami membuat keputusan untuk berhenti di R&R Tapah yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.Cuaca baik walaupun sedikit mendung. Lebuh Raya Utara Selatan juga lengang,tidak banyak kenderaan..



Setelah  hampir 1 jam perjalanan kami tiba di Hentian R&R Tapah.Suasana juga agak lengang, berbanding jika diwaktu cuti sekolah mahupun cuti umum yang kebiasannya sesak,hingga sukar untuk mencari tempat meletak kenderaan.Setelah berehat sebentar dan menghilangkan dahaga, kami meneruskan perjalanan..
Anak saya memberi cadangan supaya melalui jalan Batang Kali -Genting Highland lama,Saya juga bercadang untuk melalui jalan tersebut, Memandangkan telah lama tidak mengunakan jalan tanpa tol semenjak bertugas ditempat baru.Jalan ini agak sibuk dan banyak terdapat lampu isyarat terutama dikawasan pekan Serendah.Setelah melepasi kesesakkan di pekan serendah,akhirnya kami tiba ke susur menuju Genting Highland.

Keadaan jalan yang kecil dan berliku-liku menyukarkan pemanduan,setelah hampir 1 jam, baru tiba sempadan Genting Highland.Memandangkan suhu engin
naik kami membuat keputusan untuk berehat sebentar.

Setelah berehat hampir setengah jam,kami meneruskan perjalanan,hingga sampai Lebuh Raya LPT..Yang mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka......







 Alhamdulillah, kami berjaya sampai ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka dengan selamat,bersyukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan segala urusan saya pada hari ini.Dari Bandar Tun Razak ke kampung halaman saya hanya mengambil hanya 15 minit perjalanan sahaja.

Akhirya setelah hampir 4 jam perjalanan kami berdua telah sampai ke kampung halaman.Ia merupakan penempatan pertama peneroka kawasan Jengka dan mempunyai hampir 500 keluarga.Pendapatan utama para peneroka disini adalah melalui hasil ladang iaitu buah kelapa sawit yang dijual ke kilang Felda.Di sini bercampur berbagai etnik dari berbagai negeri namun senentiasa saling bantu-membantu tanpa mengira fahaman politik dan itulah keistimewaan Kampung Anggerik Jengka 1...

Isnin, 12 September 2011

KRISIS KAMPUNG ANGGERIK JENGKA 1.....

Kampung anggerik jengka satu di tadbir oleh seorang ketua kampung.sejak dari dahulu proses pemilihan ketua kampung ini diprotes oleh segolongan penduduk, namun suara2 ini tidak mampu untuk merubah masaalah yang telah lama berakar umbi.pihak2 yang memilih dan yang dipilih selalunya dikalangan pihak2 yang tertentu sahaja. suara2 dari generasi ke 2 kampung tidak pernah diambil kira untuk terlibat dalam proses pemilihan dan ada masanya generasi ke 2 tidak di benarkan untuk menghadiri mesyuarat tersebut.kini suara generasi muda mula meninggi untuk menuntut perubahan..perubahan dalam proses pemilihan ketua kampung.

Sudah banyak kerosakkan yang di lakukan oleh sesetengah individu2 yang tamak .mereka berebut jawatan kerana ada kepentingan peribadi.bukan niat untuk memajukan kampung tetapi semata-mata mahu membuat kekayaan dari sumber yang terdapat di kampung tersebut..dari wang hasil angkut buah sawit hingga pembahagian tanah2 lot rumah untuk generasi ke 2..semuanya di agih-agihkan diantara mereka.tidak perlulah menyatakan nama2 mereka kerana semua orang kampung telah maklum..dahulu kampung anggerik jengka satu mempunyai koperasi peneroka yang paling maju..dari pengangkutan pelajar ke sekolah, lot2 kedai,tanah dan saham yang banyak.semasa era kegemilangan koperasi ramai pelawat2 dari luar datang untuk melihat kejayaan ini..namun akibat kerakusan dan sikap tamak para pengerusi pada masa itu telah menyebabkan koperasi yang gah musnah.satu demi satu harta koperasi dijual untuk membayar hutang..akhirnya tiada lagi harta koperasi yang tinggal.pihak pengurusan yang menyebabkan koperasi musnah senang lenang tampa ada rasa bersalah..orang2 kampung pula seolah2 tidak menghiraukan permasaalahan tersebut mereka hanya menunjukkan rasa marah di kedai2 kopi tetapi tiada tindakan yang diambil untuk menghukum para penjenayah tersebut.

Kini koperasi telah berkubur bersama air mata para penduduk kampung.namun orang2 yang pernah membuat jenayah itu masih lagi memegang jawatan dalam pentadbiran, malah ada yang mempunyai kuasa untuk menentukan siapa calon untuk menjadi ketua kampung..sejarah tidak menjadi tauladan atau sikap tidak mahu ambil tahu membolehkan firaun2 ini meratah semua sumber2 yang ada.menambah parah lagi apabila firaun2 celaka ini masih tidak insaf dan terus berebut jawatan.hingga ada yang menawarkan diri untuk mendapatkan jawatan akhirnya jadilah seperti " Tikus membaiki labu".Aku adalah diantara ribuan anak2 pewaris kampung telah terpanggil untuk menuntut perubahan.memang bukan tugas senang,tambahan pula firaun2 itu mempunyai para pengikut yang ramai, lebih parah lagi semua pengikutnya itu buta mata dan hati,mereka mudah disogok dengan imbuhan2 yang tidak seberapa.hati mereka seperti batu,minda mereka beku sebab itulah mereka tidak dapat melihat dan menilai keburukkan.itu semua tidak akan menjadi halangan malah akan menjadi pembakar semangat untuk terus menyedarkan generasi muda kampung supaya tidak mudah dipergunakan oleh pihak2 tertentu.

Khamis, 8 September 2011

Warta generasi ke 2 ...kampung Anggerik..

Halaman ini adalah sebagai maklumat untuk generasi ke 2 kampung anggerik. Di sini akan diceritakan tentang aktiviti dan kemajuan yang sedang atau telah dicapai oleh anak2 generasi ke 2 kampung tersebut. Sebagai salah seorang anak kampung , saya amat berbangga untuk berkongsi pandangan dan pendapat dengan anak2 warga kampung anggerik yang lain..

Kampung Anggerik Jengka Satu..

 Kampung Anggerik adalah merupakan kawasan tanah rancangan felda yang pertama memenangi kes tuntutan penjagaan ladang dari pihak felda.Namun tidak semua peneroka menguruskan sendiri ladang sawit.Ada sesetengah yang menyerahkan pengurusan ladang kepada pihak felda technoplant..Walaubagaimanapun masyarakat kampung senentiasa aman.Perkara ini dapat dilihat di majlis walimatulurus mahupun maljis2 lain.Walaupun berbeza pandangan politik kebanyakkan para peneroka dapat beramah mesra.keadaan hanya agak panas apabila tiba waktu pilihanraya kerana masing2 akan cuba mempertahankan pendirian..setelah itu keadaan kembali tenteram.

Kampung Anggerik terletak diantara bandar termerloh dan jerantut.Bandar yang menjadi nadi utama adalah bandar pusat jengka yang kini telah ditukar nama kepada Bandar Tun Abdul Razak Jengka oleh Perdana Menteri malaysia pada hari peneroka peringkat kebangsaan yang lalu.